BREADTALK & TOAST BOX KINI DIBUKA DI IBUPEJABAT UMLAND

BreadTalk (BT), sebuah rangkaian butik bakeri utama di Asia dan Toast Box (TB), rangkaian kedai kopi Nanyang Singapura, telah membuka cawangan terbaru di ibupejabat UMLand, Suasana Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.
Majlis perasmian kedua kedai tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Tun Musa Hitam, Pengerusi UMLand YBhg Dato' Ng Eng Tee, Naib Pengerusi Eksekutif, UMLand, Mr. Dennis Ng Yew Khim, Pengarah Urusan Kumpulan, UMLand, Mr. Freddie Lee, Pengarah Eksekutif, UML Lifestyle Sdn Bhd.
Kedai-kedai tersebut adalah kedai kopi dan kedai bakeri pertama di Suasana Bukit Ceylon yang bakal memenuhi permintaan dari wargakerja dari pejabat berhampiran, penduduk sekitar dan pelancong asing. Pengunjung boleh mendapatkat secawan kopi seawal 7.00 pagi sehingga10.00 malam pada hari kerja dan 9.00pagi sehingga 10.00malam pada hujung minggu dan cuti umum.
“Kami merasa amat gembira di tahun 2018 kerana terbukanya empat kedai baru di Lembah Klang iaitu Toast Box Paradigm Mall, Toast Box Subang Skypark, Toast Box Zenith Lifestyle Centre, Johor Bahru dan kedai konsep BreadTalk yang pertama di Avenue K. Di awal tahun ini kami berjaya membuka beberapa kedai lagi amenjadikan jumlah besar sembilan kedai untuk BreadTalk dan Toast Box; di lokasi Suasana Bukit Ceylon (BT & TB), Plaza Low Yat (BT & TB), IOI Mall Puchong (BT & TB), Gateway@KLIA2 (BT & TB), dan UMLand Seri Austin, Johor Bahru (TB). Saya merasa amat teruja kerana di separa tahun kedua, Q2 2019, kami akan membuka sebuah kedai flagship di Star Boulevard, Jalan Yap Kwan Seng yang bakal menampilkan dua jenama kami. Fokus kami tahun ini adalah untuk mengembangkan jenama BreadTalk di Malaysia.” kata Freddie Lee, Pengarah Eksekutif UML Lifestyle.
![]() |
Roti Mentega Kacang |
![]() |
Kopi Nanyang & Kaya Toast |
![]() |
Mee Rebus |
![]() |
Laksa Singapura |
![]() |
Mee Siam |
![]() |
Kari Ayam |
Kedua kedai di Suasana Bukit Ceylon bakal dijadikan pusat latihan untuk pekerja baru BreadTalk dan Toast Box, serta fasiliti R&D untuk kedua jenama tersebut.
Sempena pembukaan rasmi Bread Talk, pelanggan boleh menikmati promosi “Beli Tiga Percuma Satu”. Toast Box pula menawarkan secawan kopi Nanyang dengan harga RM 1.90 sehingga 28 Februari 2019.
Denagn pembelian minima RM 15 di TB dan BT Suasana Bukit Ceylon, pelanggan akan menerima sekeping baucer tunai bernilai RM5.
Comments
Post a Comment