KUNJUNGAN CAPTAIN MARVEL DI MARINA BAY SANDS SINGAPURA

Brie Larson (Carol Danvers/Captain Marvel)

Ribuan peminat Captain Marvel telah berkumpul di Marina Bay Sands Singapura untuk sesi bertemu peminat filem adiwira blockbuster, Captain Marvel yang diterbitkan oleh Marvel Studios. Singapura adalah satu-satunya negara Asia Tenggara yang dikunjungi oleh barisan pelakon filem tersebut.

Pelakon Brie Larson (Carol Danvers/Captain Marvel), Samuel L. Jackson (Nick Fury), dan Gemma Chan (Minn-Erva), bersama dua pengarah filem Anna Boden dan Ryan Fleck diberi sambutan yang meriah oleh para peminat mereka di Sands Expo and Convention Centre.

Acara tersebut menampilkan persembahan video-mapping berteknologi tunggi serta efek audio yang membawa para peminat ke dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) secara imersif.

Turut diraikan dalam majlis yang sama adalah 10 benefisiari dari AWWA, sebuah organisasi tanpa untung yang disokong oleh program tanggung jawab korporat Marina Bay Sands untuk negara Singapura. Seramai sepuluh kanak-kanak dan remaja berusia antara 7 dan 21 tahun telah diinduksikan sebagai ajen S.H.I.E.L.D dan menerima sijil daripada Samuel L. Jackson, yang melakonkan watak ajen S.H.I.E.L.D di dalam filem tersebut. 


Dari Kiri: Gemma Chan, Samuel L Jackson & Brie Larson

Gemma Chan (Minn-Erva)

Samuel L. Jackson (Nick Fury)

10 benefisiari dari AWWA, sebuah organisasi tanpa untung yang disokong oleh  Marina Bay Sands



Filem Captain Marvel bakal ditayangkan di pawagam-pawagam Malaysia mulai 7 Mac ini.

Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME