TEMA BUNGA "BLOOMING SPRING" DI QUILL CITY MALL KL



Quill City Mall Kuala Lumpur menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan tema floral, “Blooming Spring.” Main atrium pusat membeli-belah ini telah ditransformasi kepada sebuah taman musim bunga yang dihiasi dengan kuntuman bunga gergasi dan brung-burung emas dari 15 Januari 2019 sehingga 17 Februari 2019.



Quill City Mall KL juga telah membawakan inisiatif baru dengan pelancaran “Scan & Huat!” di mana para pengunjung boleh menebus sampul angpow dan menyertai peraduan dengan mengimbas kod QR yang terdapat di Main Atrium, Aras G di Quill City Mall KL. Pengunjung berpeluang untuk memenangi GINTELL DeVano SL ROSEmantic Massage Sofa bernilai RM9,988, beg bagasi Travis Hegel, baucer Hamleys, NEXT, Quill Automobiles, The Manhattan FISH MARKET, The Chicken Rice Shop, DubuYo, Pancake House, Photobook Malaysia, BOFT, Mr. D.I.Y., Juice Works, Glow & Glamour dan banyak lagi.  


Pelancaran kempen Tahun Baru Cina di Quill City Mall KL pada 19 January 2019, turut dimeriahkan oleh selebriti-selebriti 8TV yang membawakan tema “CNY So Happy.” Para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti, peraduan TikTok dan permainan di “8TV CNY So Happy Mobile Truck”. Antara artis yang mengambil bahagian adalah Jordan Sen, Emily Chan, Natalie Ng, Haoren, Gary Yap, Wind Lee dan Lynn Lim. 


Banyak lagi program yang telah diatur oleh Quill City Mall KL untuk meraikan Tahun Baru Cina. Antaranya, promosi album CNY, God of Prosperity Walkabout, persembahan tarian singa Lion Dance performance, bengkel lukisan warna air oleh Ykee.lee, bengkel CNY Pop Up Card oleh Loka Made, Bengkel mewarna Blooming Spring dan banyak lagi. Jangan lupa untuk menikmati Blooming Spring Bubbles Time di Main Atrium, Ground Floor setiap hujung pada jam 12:00pm dan 7:00pm.


Dengan kerjasama bersama Quill Automobiles pembeli berpeluang memenangi sebuah BMW Cruise M Bike bernilai RM6,800 dengan menyertai peraduan Blooming Spring Steady & Win. 


Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Quill City Mall KL di Facebook, Instagram: QuillCityMall KualaLumpur atau di laman web rasmi http://www.quillcitymall.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA