“Ada manusia yang terlalu sempurna di mata ramai, kerana mereka tidak pernah membuka topeng sebenar.” Terbaharu di slot Samarinda TV3, Jiwa Seorang Pentaksub membawa penonton menyelami sisi gelap seorang pemimpin berpengaruh yang dipuja rakyat, namun tenggelam dalam obsesi terhadap kuasa dan wanita sehingga memusnahkan semua di sekelilingnya. Drama 25 episod arahan Nur Ain Sharif dan terbitan Suhan Movies ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai Firzan, seorang lelaki yang membina empayar politiknya sebelum menjadi figura yang disanjung masyarakat. Turut dibintangi Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle, Ady Mohammad dan Ariff Idrus, drama ini bakal bersiaran mulai 1 Jun 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3. Bermula sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik berpengaruh, Firzan (Datuk Rosyam Nor) perlahan-lahan belajar bahawa kuasa mampu mengubah segalanya. Dari situlah dia mula menggunakan perkahwinan sebagai jalan untuk memb...
Comments
Post a Comment