PERTAMA KALI DI MALAYSIA, SATU FILEM DUA PENGAKHIRAN

Buat julung kalinya di Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions menampilkan
sebuah filem dengan dua pengakhiran berbeza. Penonton diberi kuasa untuk memilih kesudahan filem
Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof ini.
Filem genre misteri thriller ini telah pun menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia,
Singapura dan Brunei sejak 21 Februari yang lalu.
Rata-rata penonton berkongsi pendapat dan respon
positif di laman media sosial.
Uniknya, ramai yang tidak menyedari bahawa filem ini mempunyai dua
pengakhiran.
Pengarah Misteri Dilaila, Syafiq Yusof berkata beliau serta pihak penerbit mendapati antara topik
utama yang diperkatakan di laman media sosial tentang filem ini adalah pertikaian mengenai
perbezaan pendapat tentang pengakhiran jalan ceritanya.
“Hari ini secara rasminya saya umumkan
kepada semua bahawa sememangnya filem ini dibuat khas dengan dua pengakhiran berbeza. Konsep
sebegini belum pernah lagi ditampilkan di dalam industri filem Malaysia.”
Menyedari hakikat itu,
pengarah berusia 26 tahun ini menyahut cabaran untuk mempersembahkan sesuatu yang segar dan
lain dari sebelum ini dengan apa yang pernah dihidangkan kepada penonton.
Di samping itu, genre
misteri thriller menjadi pilihan utama saya untuk muncul dengan konsep ini kerana ia memberi peluang
untuk saya mengembangkan jalan cerita dan karakter dengan lebih dramatik dan kreatif.
“Saya juga
berharap konsep ini mampu membantu filem genre misteri thriller mendapat lebih perhatian oleh
penggemar filem tanah air sama seperti kelompok filem aksi dan seram.”
Misteri Dilaila yang membariskan pelakon hebat Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Dato Rosyam Nor, Sasqia
Dahuri, Nam Ron dan Mas Khan ini bakal menemui penonton di Indonesia bermula 13 Mac 2019.
Bagi
peminat dan penonton di luar sana, saksikan video eksklusif “Kes Siasatan Misteri Dilaila” di laman
media sosial Astro Shaw dan Hotlink.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kedua-dua pengakhiran filem terbitan Astro Shaw dan
Skop Productions di pawagam berhampiran anda sekarang.
Ikuti perkembangan dan info terkini
mengenai senarai pawagam bagi kedua-dua pengakhiran filem di Instagram, Facebook dan Twitter
Astro Shaw.
Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di
sebuah banglo di Bukit Fraser. Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh.
Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang. Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira.
Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut
wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. Wanita itu mengakui dirinya Dilaila.
Comments
Post a Comment