ALAMI KEINDAHAN MUSIM BUNGA DI CHERAS LEISUREMALL



Nikmati suasana meriah musim bunga yang menandakan kehadiran Tahun Baru Cina di Cheras LeisureMall.  Pelbagai aktiviti dan promosi telah diatur untuk para pengunjung, dari sekarang sehingga 18 Februari ini.


Penebusan Sampul Ang Pow Eksklusif (16 Januari - 4 Februari 2019)
Tradisi Tahun Baru Cina yang masih utuh adalah pemberian Ang Pow. Dapatkan sampul Ang Pow dengan berbelanja di Cheras Leisuremall. Satu set sampul Ang Pow akan diberikan untuk pembelian bernilai RM128 – RM627 di dalam satu resit, dua set Ang Pow bagi pembelian RM628 – RM1,227 dalam dua resit, tiga set Ang Pow untuk pembelian RM1,228 – RM1,887 di dalam tiga resit, dan lima set untuk pembellian melebihi RM1,888 dalam empat resit. Penebusan boleh dilakukan di Kaunter Maklumat di Aras LG sementara stok masih ada. 


Persembahan Menakjubkan
Saksikan kelincahan dan kehebatan kumpulan juara tarian singa, Kun Seng Keng Lion & Dragon Dance Association dari Muar, Johor pada 10 Februari 2019 pada jam 2petang dan 8malam!

Jangan ketinggalan untuk bertemu karakter atau maskot Tahun Baru Cina pada 5 dan 6 Februari 2019, dan juga pada hujung minggu 12 Januari sehingga 17 Februari 2019. Pelbagai persembahan kebudayaan turut menanti anda termasuk  Prosperity Drums pada 1, 2 & 16 Februari, Chinese Diabolo pada 3 Februari, Tarian Naga pada 9 Februari, dan tarian Prosperous pada 17 Februari. 


Bengkel mengasah bakat
Pada 24 Februari 2019, jam 2petang sehingga 8malam, Cheras LeisureMall bakal membawakan bengkel DIY. Antara aktiviti yang boleh disertai adalah membuat tat nenas, seni menggunting kertas Cina, Seni membuat simpulan, kraftangan tarian singa 3D, membuat gelang bertuah, menjahit fan banyak lagi.

Anda hanya perlu berbelanja minima RM30 dalam satu resit untuk mengambil bahagian dalam bengkel tersebut. Setiap bengkel dihadkan kepada 40 orang sahaja dan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.


Demo dan penebusan gula-gula dan kraftangan Cina
Demo ini anjurkan pada setiap hujung minggu sehingga 24 Februari, dan hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina (5 & 6 Februari). Pengunjung boleh menyaksikan bagaimana gula-gula malt, gula-gula ding-ding, patung tepung Cina, gula-gula janggut naga, tanghulu dan gua-gulakapas dibuat. Pembeli boleh menebus sebungkus gula-gula atau sebuah patung tepung dengan menggunakan resit pembelian minima RM10.


Hamper Tahun Baru Cina dan Bazar  (12 Januari – 4 Februari 2019)
Dapatkan pelbagai hamper untuk dihadiahkan kepada keluarga atau kenalan anda. Antara jenama produk adalah dari Bee Cheng Hiang, Best Hamper, Biogreen, BPSW Enterprise, Ding Kee Premium Gift, Eu Yan Sang, Hong Kong Bay, Hong Qiao, Long Farm, Soon Thye Hang, YS Hampers, Jin Ye Ye, Wonderful Retail Group, Yin Onn dan Yong Sheng Gift Shop. 

Peraduan Foto Instagram Valentine’s Day (20 Januari sehingga 19 Februari 2019)
Menangi baucer tunai bernilai RM200 dalam peraduan foto Hari Memperingati Kekasih! 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-9132 2386, ikuti laman Facebook Cheras LeisureMall atau hantarkan emel kepada marketing@ppb.com.my. 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM