HONG KONG TINGKAT INISIATIF UNTUK TARIK PELANCONG MUSLIM



Sepanjang 2018, Lembaga Pelancongan Hong Kong secara aktifnya telah memasarkan pelancongan Muslim dan memperkenalkan tawaran baru bagi menarik pasaran pelancongan halal. 

Bagi memulakan tahun baru ini, mereka telah mengambil langkah bukan hanya kepada pasaran yang telah disasarkan kepada masyarakat Muslim tetapi juga untuk mendidik mereka yang berkepentingan tentang ciri-ciri pelancong Muslim supaya semua pihak faham tentang cara yang lebih baik bagaimana untuk memenuhi keperluan orang Muslim. 

Untuk memulakan inisiatif ini, HKTB baru-baru ini telah menganjurkan Seminar Pelancongan Muslim untuk perniagaan Hong Kong dan rakan perjalanan bagi memahami keperluan pengembara muslim yang tipikal. Dianggarkan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada pemegang berkepentingan Hong Kong dari pelbagai industri dan persatuan seperti peruncit, F & B, pusat membeli-belah dan tempat tarikan berkumpul bagi mengetahui lebih lanjut tentang industri Muslim dengan rancangan untuk meneroka pasaran ini. 

Dari kiri: Raymond Chan, Pengarah Serantau, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong; Fazal Bahardeen, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Crescentrating & Halal Trip; Mufti Muhammad Arshad, Ketua Imam Hong Kong, Pemegang Amanah Dana Komuniti Islam Hong Kong 

Turut serta beberapa jurucakap termasuk Raymond Chan, Pengarah Serantau, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong, Fazal Bahardeen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan Halal Trip, dan Mufti Muhammad Arshad, Ketua Imam Hong Kong, seminar itu membincangkan tema pensijilan halal, ciri-ciri pengembara Muslim dan potensi pasaran perlancongan halal di Hong Kong. 

"Kami teruja dapat berkongsi maklumat yang kami pelajari tentang masyarakat Muslim dengan rakan niaga dan pihak berkepentingan kami. Dengan pemahaman yang lebih baik terhadap keperluan Muslim akan membolehkan kita untuk mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan mereka. Hong Kong berharap dapat mewujudkan kesedaran lanjut mengenai ketersediaan makanan Halal, kemudahan solat dan kemudahan mesra-Muslim yang lain,"kata Raymond Chan, Pengarah Serantau, Asia Tenggara, Lembaga Pelancongan Hong Kong. 

Fazal Bahardeen, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan Halal Trip berkata, "Ia sangat mengembirakan apabila melihat Lembaga Pelancongan Hong Kong mengambil inisiatif bagi mendidik semua pihak berkepentingan mengenai peluang yang ditawarkan oleh pasaran pelancongan Muslim. Ia mengambil tindakan yang betul untuk menjadi destinasi yang lebih mesra Muslim". 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Lembaga Pelancongan Hong Kong untuk melibatkan masyarakat Muslim, HKTB telah bekerjasama dengan platform perjalanan Muslim dalam talian untuk menghasilkan kandungan yang menonjolkan Hong Kong sebagai destinasi pilihan untuk pelancong Muslim. 

HKTB baru sahaja melancarkan senarai mesra Muslim yang mempunyai daya tarikan pelancongan, tempat makan halal dan kemudahan mesra Muslim di Hong Kong, supaya pelancong Muslim boleh menjadikan Hong Kong destinasi percutian kegemaran mereka tahun ini.  


Pilihan makanan halal di Hong Kong 
Pengunjung boleh menikmati budaya masakan Hong Kong yang unik di mana-mana pilihan halal yang menyajikan hidangan tempatan halal seperti pastri di Chirsly Cafe yang terkenal dengan bun nanas (bo lo bao) dan tart telur. Sekiranya anda ingin mendapatkan halal dim sum, cuma perlu pergi ke Kantin Pusat Islam yang mempunyai pelbagai hidangan dim sum seperti Siu Mai, Har Gow, Xiao Long Pao, pulut kukus dengan ayam dalam daun teratai dan banyak lagi. 



Tarikan utama telah ditambah baik bagi menarik pelancong Muslim Tempat-tempat menarik utama di Hong Kong telah ditambah baik untuk pelancong Muslim. Ocean Park, Hong Kong baru-baru ini telah memperolehi pensijilan halal untuk salah satu restorannya, Café Ocean yang menawarkan pelbagai hidangan Asia Tenggara. 

Selain itu, Hong Kong Disneyland menawarkan pelbagai pilihan makanan halal seperti Main Street Market, Mystic Point's Explorer’s Club Restaurant, dan Tahitian Terrace di mana anda boleh menemui pelbagai masakan dari Korea, Jepun dan juga Indonesia. 


Malah sesetengah hotel di Hong Kong Disneyland menyediakan makanan halal atas permintaan pelanggan. Sebaik sahaja anda telah menikmati makanan halal, pelancong Muslim boleh melaksanakan solat di bilik sembahyang bersebelahan Explorer’s Club. Satu lagi daya tarikan tempatan yang patut diambil perhatian adalah Ngong Ping, yang terkenal dengan kereta kabel Crystal Cabin serta ikonik Big Buddha yang merupakan tempat kegemaran untuk latar belakang foto Instagram anda. 

Selain itu, Ngong Ping juga mempunyai restoran dengan pensijilan halal sendiri di Ebeneezer's Kebab dan Pizzeria yang menawarkan pelbagai hidangan India dan Timur Tengah. Di samping itu, Hong Kong terus meningkatkan tawaran untuk Muslim bagi memastikan pengunjung mempunyai lebih banyak pilihan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran halal dan mesra Muslim sila lawati http://bit.ly/HKMuslimTravellers

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!