KONSERT JELAJAH DUNIA "BLUE" BAKAL TIBA DI MALAYSIA



Kumpulan pop British, BLUE bakal diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk konsert BLUE Live In Malaysia 2019 yang bakal dilangsungkan di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2019.

Setelah 15 tahun bersama memeriahkan industri hiburan dan mendapat jualan lebih 16 juta album, Blue masih ligat lagi di pentas dan bakal membawakan lagu-lagu hits yang menjadi siulan suatu ketika dahulu.

Konsert yang ditunggu-tunggu oleh para peminat BLUE ini dianjurkan oleh KC & Friends dengan kerjasama TerryandTheCuz.


Para peminat BLUE pastinya akan terhibur dengan paduan suara empat jejaka kacak tampan iaitu Lee Ryan, Antony Costa, Duncan James dan Simon Webbe. Antara lagu-lagu hits dari tiga allbum #1 mereka adalah ‘All Rise’, ‘One Love’, ‘Best in Me’, ‘If You Come Back’, ‘Sorry Seems To Be The Hardest Word’ (bersama Sir Elton John) dan ‘You Make Me Wanna’.

Menurut CEO KC & Friends, Kesavan Purusotman (KC), “Dengan berganding tenaga dengan TerryandTheCuz, kami merasa amat teruja untuk membawakan Blue Live in Malaysia kepada para peminat mereka di Malaysia. Sama-samalah kita mengimbau satu era yang terhebat dalam sejarah muzik -  era boyband  - dengan persembahan 60-75 minit tanpa henti dengan Blue!”


Tiket-tiket sedang rancak dijual, VVIP, Cat 3 dan Cat 4 telah habis dijual, hanya tinggal VIP (RM 398), dan kuantiti terhad Cat 1 (RM258) dan Cat 2 (RM208). Tiket-tiket boleh didapati di www.myticket.asia

Sebelum bermulanya konsert BLUE, para penonton bakal dihiburkan oleh putaran lagu-lagu oleh DJ tersohor, Jakeman. Konsert BLUE Live in Malaysia disokong oleh Pavilion Hotel Kuala Lumpur sebagai hotel rasmi dan Mix FM sebagai stesen radio rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM