BRANDS LUTIEN ESSENCE LINDUNGI MATA DARI SINARAN BIRU BERBAHAYA



Kebanyakan daripada kita mungkin pernah mendengar mengenai sinar biru dan kesannya yang berbahaya. Namun adakah pengetahuan kita memadai mengenai berkenaan?

Sinar biru merupakan sebahagian daripada spektrum sinar nampak, menjadikannya kira-kira satu pertiga daripada jumlah sinar nampak. Dalam alam semulajadi, sumber utama sinar biru datang daripada sinar matahari. Sungguhpun demikian, pada hari ini, sumber-sumber buatan manusia bagi penggunaan ruang dalaman kian meningkat. Ia termasuk lampu pendarfluor dan pensinaran LED serta paparan skrin bagi peranti mudah alih, komputer dan televisyen skrin leper[1].

Pendedahan berlebihan terhadap sinar biru juga pernah dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti katarak dan pendedahan yang terlalu banyak terhadap sinar berkenaan mampu memberi impak negatif terhadap sel-sel retina yang sensitif sinar. Ia juga boleh menyebabkan perubahan yang serupa dengan kemerosotan makular, menjadikan individu buta. Di samping itu, gelombang sinar biru bertenaga tinggi itu menyebabkan lebih banyak usaha perlu dilakukan mata untuk fokus, seterusnya menyumbang kepada masalah ketegangan mata digital.

Pendedahan terhadap sinar biru yang keterlaluan pada sebelah malam melalui pensinaran skrin dan dalaman juga mampu menyebabkan individu mengalami masalah tidur yang nyenyak, kesukaran untuk melelapkan mata dan keletihan pada siang hari. Pada hari ini, kebanyakan daripada kita tidak mampu hidup tanpa peralatan-peralatan digital yang menghasilkan sinar biru. Disebabkan itu, terdapat keperluan untuk melindungi dan memastikan mata kita kekal sihat.

Bagi membantu anda, BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan produk terbaharu dalam koleksi keluarga BRAND’S® - BRAND’S® Lutein Essence yang merupakan tonik kesihatan di pasaran yang menawarkan formula Diamond untuk melindungi mata daripada pendedahan berlebihan terhadap sinar biru. BRAND’S® Lutein Essence diperbuat daripada ramuan-ramuan terpilih yang dipatenkan dan merupakan satu-satunya pati yang diformulasikan secara saintifik untuk manfaat penjagaan mata di pasaran. Ia merupakan suplemen kesihatan ideal bagi membantu anda menangani masalah ketegangan mata digital yang disebabkan oleh pancaran sinar biru.


BRAND’S® Lutein Essence mengandungi nisbah 10mg:2mg lutein dan zeaxantin, dua jenis karotenoid yang membentuk pigmen kuning ke merah yang biasanya boleh ditemui pada sayur-sayuran dan tumbuhan lain dalam persekitaran semulajadi. Dalam persekitaran semulajadi, lutein dan zeaxantin mampu menyerap sinar tenaga yang berlebihan untuk menghindar kerosakan pada tumbuhan-tumbuhan akibat pendedahan sinar matahari yang berlebihan, khususnya daripada sinar biru. Diperbuat daripada ekstrak blackcurrant dengan Vitamin E yang menyediakan bahan antioksida, BRAND’S® Lutein Essence membantu meningkatkan aras keselesaan mata.

Ditawarkan dalam bentuk cecair, ia senang diminum juga memudahkan khasiat-khasiat yang terkandung di dalam pati ini diserap oleh badan. Rasa yang enak pastinya akan menarik anda untuk terus mengambil suplemen ini. Dengan golongan belia kian memberi perhatian pada skrin peranti sejak usia muda, mereka juga berupaya menikmati manfaat yang ditawarkan BRAND’S® Lutein Essence kerana suplemen berkenaan juga sesuai untuk kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke atas.

Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory (Malaysia) Sdn Bhd berkata, “BRAND’S® Lutein Essence yang baharu menggabungkan kesemua ramuan penting dalam menyediakan nutrien-nutrien yang mampu membantu rakyat Malaysia melindungi mata mereka daripada pendedahan harian terhadap sinar biru. Pada hari ini, kita sentiasa terdedah dengan sinar berkenaan, yang dihasilkan daripada skrin-skrin paparan yang sentiasa diberi perhatian - sama ada semasa waktu bekerja mahupun ketika masa senggang. Tawaran terbaharu dalam rangkaian BRAND’S® adalah khusus bagi rakyat negara ini yang sentiasa berhadapan dengan komputer mahupun telefon pintar masing-masing. Menerusi kekayaan manfaat khasiat yang terkandung, BRAND’S® Lutein Essence akan membolehkan mereka memberikan penjagaan optimum pada mata.”


BRAND’S® Lutein Essence boleh didapati di rangkaian farmasi utama dan pasar raya besar pada harga runcit RM41 untuk sebuah pek yang terdiri daripada enam botol 60ml.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan BRAND’S® Lutein Essence dan rangkaian produk lain BRAND’S® yang ditawarkan di Malaysia, sila kunjungi laman web BRAND’S® di www.brandsworld.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggannya di   1300 228 300.





[1] Canadian Association of Optometrists, Blue Light – Is there risk of harm?, https://opto.ca/health-library/blue-light-is-there-risk-of-harm

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING