CEDAR ON 15, IMPIANA KLCC PERKENALKAN 3 MENU BARU

ULTIMATE – Australian Beef Wagyu Ribeye Steak, MB7

Cedar on 15, sebuah restoran Barat yang terletak di bumbung Hotel Impiana KLCC telah melancarkan tiga menu baharu ciptaan Chef Helmut Lamberger! Menu tersebut dinamakan - Midday Specials, Social Bites and The Cookbook.


Midday Specials menampilkan pilihan pelbagai salad, soup, hidangan utama dan manisan untuk makan tengahari, Social Bites pula menawarkan snek ringan yang sesuai dinikmati di sekitar lounge dan bar; dan The Cookbook membawakan sajian kulinari yang hebat sesuai untuk makan malam. Dengan pelancaran menu baru tersebut, para tetamu Cedar on 15 boleh menikmati hidangan Eropah klasik yang jarang-jarang didapati di luar Eropah, air tangan Chef Helmut sendiri. 

Chef Helmut Lamberger

Hidangan yang harus dicuba adalah Carpaccio of Portobello Mushrooms; satu hidangan cendawan yang dicipta oleh Chef Helmut pada 1991. Ciptaan ini telah membantu pasukannya memenangi anugerah gastronomi Austria, “Chef of the Year, Austria” oleh Gault Millau. Sejak itu, beliau telah mengubahsuai hidangan tersebut dengan menggunakan ramuan baru untuk mengetengahkan citarasa yang berbeza. 

Carpaccio of Portobello Mushrooms

Para penggemar makanan laut pasti akan tertarik dengan Salad Udang Skaagen ala-Scandinavia sebagai pembuka selera makan tengahari manakala pengemar daging pula akan jatuh cinta dengan hidangan Mediterranean Grilled Meat Gyrosyang disajikan bersama sos tzatziki. Sebagai pencuci mulut pula, anda harus mencuba Sticky Date Pudding with Butterscotch Sauce dan aiskrim Cedar on 15 yang dipersembahkan dengan cara “smoky” dan dramatik. 

ARCTIC – Norwegian Smoked Fjord Lax on pan-fried potato cake with garden greens/ sour cream/ beetroot and herbs

CORAL – House-Gravad Blue Fin Tuna pickled radish/ wasabi macaroon/ pumpkin/ lotus root chips/ lemon grass mayo

Cream of Kohirabi - hidangan sup turnip Jerman yang menyelerakan

ELEGANCE – Foie Gras “Magyar” – Pan seared French duck liver/ apple – pear compote/ Hungarian paprika jus/ pomme de terre noisette

MERGE – North Atlantic Black Cod baked with Asian flavours/ on braised spring onions/ garlic cloves/ honey carrots/ miso sauce

MOUNTAIN – Blue mountain venison loin with green pea puree/ caramelized root vegetable/ juniper berry jus and crumbles

NORDIC – Scandinavian Shrimp Salad with turmeric foam/ sour cream/ salmon roe/ butter fried toast

Pan-fried fillet of Barramundi

REFRESH – Fresh Cameron Highland Lettuce with air-dried beef shavings/ compressed watermelon/ grapefruit filet/ touille/ mustard vinaigrette

Antara hidangan-hidangan lain yang bakal menambat selera anda adalah Australian Beef Wagyu Ribeye Steak, Foie Gras "Magyar" (Hati itik Perancis dengan apple-pear compote, Hungarian paprika jus dan pomme de terre noisette), Gambas and Garlic (Udang harimau panggang dengan tomato coulis, sage, garlic, extra virgin olive oil yang dihidangkan dengan garlic rubbed baguette), The Big (pizza besar untuk dikongsikan antara 3-4 orang) dan manisan Passionfruit and Coconut Mousse Globe, dicurah dengan hot chocolate. 

Coconut Mousse Globe, drizzled with hot chocolate

Passionfruit Sticky Date Pudding with Butterscotch Sauce

A Medley of White Chocolate & Raspberry

Chef Helmut menggunakan ramuan herba dan cendawan tempatan dan digandingkan dengan ramuan yang belum pernah didapati di Malaysia sebelum ini seperti sorrel herb, kohlrabi dan German turnip. Restoran ini juga menggunakan sumber ikan yang lestari alam seperti ikan siakap. 

Pemandangan indah berlatarbelakangkan KLCC dari Cedar on 15

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan di Cedar on 15, sila hubungi talian 03- 2147 1111 atau e-mail: fnbsecretary.iklcc@impiana.com. 

Cedar on 15 
Alamat: 15th Floor, Impiana Hotel KLCC, 13, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Waktu Operasi: 
Isnin – Jumaat: 12.00tgh – 1.00petang 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum 4.00petang – 1.00pagi

Facebook: http://www.facebook.com/impianaklcchotel 


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING