TINGKATKAN KEPUASAN KEMBARA ANDA SECARA "SLOW TRAVEL"



Jadual yang sibuk, penerbangan tambang murah, tawaran penginapan yang hebat dan teknologi di hujung jari telah menjadikan satu kebiasaan kepada kita untuk bergerak dari destinasi ke destinasi mengikut senarai tempat-tempat yang wajib dikunjungi. Apa kata jika anda perlahankan gerak langkah dan dalami perjalanan berikut dengan sepenuhnya? Jangan tergesa-gesa, hentikan ganjaran segera dan luangkan sedikit masa di kawasan pergunungan yang bersalji atau di vila pantai Tropika dengan pemandangan lautan sambil menikmati saat-saat indah bersama minuman enak untuk diminum sepuasnya.

Sambil kita melangkah ke luar rumah semula, kita harus sedar akan kawalan pergerakan yang kita lalui adalah paling panjang di dalam sejarah dunia moden. Dengan kemudahan untuk melancong ke luar negara, kadang-kala kita lupa tentang tempat-tempat menarik yang belum dikunjungi di negara kita sendiri, tetapi keadaan ini mula berubah, terutamanya bagi mereka yang berada dalam lingkungan kumpulan umur +35. Menurut tinjauan Pelancongan Dekad Berikut Agoda (Next Decade Travel), pelancong dalam lingkungan umur 35-44 dan 55+ tahun mempunyai kecenderungan untuk melawat tempat-tempat di negara mereka sendiri (40% dan 42% masing-masing), dengan pelancong dari China, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, dan Vietnam memilih destinasi domestik sebagai destinasi percutian idaman untuk dekad yang akan datang. 

Perlahankan gerak langkah anda

Sudah menjadi kebiasaan kita untuk memilih pengangkutan udara bagi perjalanan pendek ke negara jiran. Tetapi kini terdapat gerakan perjalanan alternatif yang membantu para pelancong untuk memperlahankan gerak langkah mereka untuk menikmati perjalanan dengan sepenuhnya. Perjalanan dengan menggunakan tram, kereta api, bas, feri atau kereta untuk merentasi pelbagai lanskap yang indah pastinya menimbulkan pengalaman yang sukar dilupakan. 

Bayangkan diri anda berhenti di sebuah bandar yang belum pernah dikunjungi untuk menikmati sesuatu yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan. Baru-baru ini Agoda telah melancarkan kemudahan untuk menempah penginapan jangka panjang sehingga 90 hari di kedua-dua Agoda Homes dan hotel. Gunakan kemudahan ini untuk percutian sabatikal yang anda impikan sekian lama. Para pelanggan Agoda.com boleh menggunakan penyaring untuk memilih mengikut kesesuaian mereka – daripada fasiliti seperti gimnasium dan kemudahan Wi-Fi di lanskap kota atau pemandangan pantai peribadi untuk bersantai. 

Joy of Missing Out (JOMO)

Semarakkan keterujaan untuk percutian yang hadir sekali dalam seumur hidup dengan melakukan Slow Travel. Anda pastinya merasa tidak sabar untuk menikmati perjalanan dan destinasi percutian tersebut. Jelajahilah bandaraya besar seperti Bangkok, Tokyo, dan Ho Chi Minh atau pertimbangkan idea untuk mengembara ke destinasi-destinasi yang semakin mendapat perhatian seperti Oita di Japan, Daegu di South Korea, dan Ha Long di Vietnam. 

Rancang pengembaraan anda di luar musim puncak. Langkah ini akan menjadikan percutian anda lebih murah, kurang sesak dan lebih autentik. Bayangkan keindahan Colosseum di musim luruh berbanding dengan musim panas. Atau kota Paris selepas salji? Begitu indah sekali!

Beri Sokongan Kepada Perniagaan Tempatan 

Slow travel bukan hanya mengenai kepantasan; ia juga berkaitan dengan impak yang dihasilkan oleh perjalanan anda. Anda boleh memberi sokongan kepada perniagaan tempatan dengan mengunjungi restoran milik pengusaha sekeluarga dan bermalam di rumah inap desa (homestay) atau hotel persendirian. Jelajahi kawasan persekitaran mengikut buku ‘Eat, Pray, Love’. Berbasikal atau berjalan kaki merupakan cara yang bagus untuk menemui tempat-tempat baharu dan pengalaman yang mungkin menjadi sesuatu yang paling berharga dalam percutian anda. Dengan cara-cara ini anda berpeluang untuk menemui kafe kecil atau kedai-kedai menarik yang tidak tersenarai di dalam buku atau dalam talian. 

Impak kepada alam sekitar boleh dikurangkan dalam pengembaraan dunia dengan lebih mudah jika anda bersedia dengan produk yang boleh diguna semula seperti botol air – untuk menghilangkan dahaga tanpa menambahkan pencemaran plastik. Buat pilihan yang lebih mesra alam dan berhati-hati apabila menyelam berhampiran terumbu karang di dalam laut. Bahan kimia yang terdapat di dalam pelindung sinaran matahari boleh membahayakan terumbu karang, jadi tukarlah kepada produk penjagaan kulit yang bukan racun kepada terumbu karang, atau gunakan ramuan semulajadi seperti minyak kelapa untuk kita menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama menjaga diri kita sendiri.

Ringankan bagasi untuk pergi jauh 

Perkara mudah seperti mematikan suis lampu dan penyaman udara apabila meninggalkan bilik hotel, menggunakan semula tuala dan cadar, dan dengan memperhatikan berapa banyak peralatan mandian hotel yang anda perlukan, dengan itu dapat mengurangkan jumlah sampah. “Flashpacking” atau backpacking dalam bajet yang lebih tinggi membuatkan anda kurang risau untuk mengembara. Anda masih boleh kelihatan hebat dan tetap mengikuti rutin penjagaan diri anda dengan beg peralatan mandian ringan dengan botol bersaiz perjalanan. Mudah cuci dan pakaian tahan lama, kasut serbaguna untuk mendaki / pantai, dan jalan-jalan panjang yang dikurangkan di ruang beg pakaian sambil membuat anda sentiasa bersedia untuk jadual perjalanan epik.

Slow travel: Malaysia

Alamilah kebudayaan masyarakat majmuk di bandaraya kosmopolitan George Town, yang juga digelar sebagai nadi Pulau Pinang. Selamilah sejarah silam di Tapak Warisan Dunia UNESCO, berjalan kaki di jalan-jalan besar dan menyusuri lorong-lorong kecil untuk menyaksikan peninggalan sejarah dan mural seni jalanan yang menjadi tumpuan di Pulau Pinang. 

Singgah di gerai-gerai makanan di dalam kesibukan lalu-lintas kota untuk mencuba makanan jalanan yang terbaik di sini. Anda tidak akan salah langkah dengan memulakan pengembaraan gastronomi anda di Jalan Burma dan mengakhirkannya di Lebuh Chulia pada waktu malam. 

Simpan sedikit tenaga anda dengan menaiki beca ke Pinang Peranakan Mansion untuk menyaksikan seni bina dan budaya Peranakan yang unggul. Tidak jauh dari sini adalah Khoo Kongsi – sebuah rumah dengan hiasan mewah yang dibina 650 tahun lalu. 

Lone Pine Boutique Hotel

Selepas kekenyangan dalam lawatan sambil makan di George Town, berliburlah di Batu Ferringhi – sebuah destinasi pantai utama yang terletak di barat laut Pulau Pinang dan bermalamlah di Lone Pine Boutique Hotel yang terletak di pinggir pantai.

Sandakan adalah bandar kedua terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu. Suatu ketika dahulu, ia dikenali sebagai ibu kota kepada Borneo Utara British. Destinasi bersejarah ini membolehkan anda mengenali hutan hujan dengan secara dekat kerana sebahagian besar kawasannya masih diliputi hutan hujan. Di sinilah letaknya Pusat Rehabilitasi Orang Utan Sepilok dan Pusat Konservasi Beruang Madu, di mana pelawat boleh menikmati kehijauan hutan hujan sambil menyaksikan hidupan-hidupan liar di dalam habitat semulajadi mereka. 

Sepilok, Sandakan, Sabah, Malaysia
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Gua Gomantong, salah sebuah sistem gua yang terluas di Sabah. Gua ini didiami oleh kelawar dan burung layang-layang, jadi pakailah kasut bertutup dan topi untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Satu lagi hentian yang wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda adalah Perkampungan Air Buli Sim Sim, sebuah perkampungan yang dibina menggunakan tiang-tiang di atas air. Di sini anda boleh saksikan penduduk yang terdiri daripada nelayan-nelayan tempatan dan keluarga melakukan aktiviti harian mereka. Pilih salah sebuah restoran makanan laut yang terdapat di sini dan nikmatilah sajian hasil tangkapan segar dari laut sambil dihembus bayu laut. Anda juga boleh membeli makanan laut kering untuk dijadikan buah tangan untuk rakan-rakan dan keluarga dari sini. 

Rehatkan diri anda di Sabah Hotel, sebuah pusat peranginan mesra alam yang terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika dengan persekitaran semulajadi yang mengagumkan - sesuatu yang terbaik untuk pencinta alam.


Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025