ULASAN FILEM: THE RENTAL - KISAH NGERI PERCUTIAN RUMAH SEWAAN



Sinopsis: Charlie (Dan Stevens) dan rakan kongsi perniagaannya Mina (Sheila Vand) berhasrat untuk meraikan kejayaan perniagaan mereka dengan bercuti di sebuah rumah agam indah di tepi pantai yang terpencil. Mereka disertai oleh isteri Charlie, Michelle (Alison Brie) dan juga teman lelaki Mina, Josh (Jeremy Allen White) yang juga merupakan adik lelaki Charlie.

Percutian hujung minggu yang pada mulanya seronok menjadi bertambah buruk apabila Mina menjumpai kamera tersembunyi di dalam bilik mandi. Siapakah yang sedang mengintip mereka? 


Ulasan: The Rental adalah filem sulung arahan pelakon Dave Franco, yang cukup berkesan dalam minigenre seram rumah sewa ala Airbnb. Namun begitu, ia bukanlah satu filem seram yang menampilkan hantu atau makhluk ghaib. Tetapi yang menakutkan adalah bagaimana manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahan sendiri sehingga merosakan orang yang tersayang.

Kisahnya bermula dengan perlahan, menumpukan perhatian kepada hubungan di antara keempat-empat watak utama di dalam filem tersebut. Keadaan suspens disuntik ke dalam filem secara beransur-ansur tanpa menjejaskan tumpuan penonton malah ini membuatkan penonton tertanya-tanya apakah kejadian seterusnya. 

Filem ini adalah sebuah debut yang menyakinkan buat pengarah baru Dave Franco. Ia tidak meniru 100% filem-filem seram dengan taktik jump scare untuk mengundang reaksi daripada penonton. Penonton dapat merasakan ketegangan dan ketakutan dari tempat duduk mereka melalui arahan, lakonan dan penceritaan yang mantap.


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan file mini di pawagam mulai 30 Julai 2020.


Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!