“WE ARE FREE–MASUK PERCUMA!” KE MENARA KL & MENARA ALOR SETAR



Berikutan dengan pengumuman dari Perdana Menteri yang telah membenarkan pembukaan semula sektor pelancongan Malaysia secara berperingkat, Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang membuka dan menerima pelawat-pelawat pada 27 Jun yang lalu. 


Tarikan-tarikan lain dibawah pengurusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd seperti Menara Alor Setar juga telah dibuka pada hari yang sama, manakala bagi Muzium Telekom dan Muzium Telegraf, Taiping pula telah dibuka pada 29 Jun 2020. 

Buat julung kalinya, selepas lebih 3 bulan ditutup kepada pengunjung, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar kembali beroperasi bagi merancakkan semula sektor pelancongan di Malaysia dengan satu promosi istimewa sepanjang bulan Julai ini, iaitu promosi “WE ARE FREE – MASUK PERCUMA!”

“Inisiatif yang dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd ini bertujuan untuk menarik semula kedatangan para pengunjung ke Menara Kuala Lumpur dan juga Menara Alor Setar secara khasnya dengan menawarkan kemasukkan PERCUMA ke Pelantar Pemandangan Tertutup (Observation Deck) bermula dari 1 hingga 31 Julai 2020”, kata Puan Ainol Shaharina Binti Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. 

Puan Ainol Shaharina Binti Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd

“Para pengunjung yang berminat untuk naik ke pelantar yang lebih tinggi iaitu Sky Deck yang berketinggian 300 meter, diskaun sebanyak 50% turut ditawarkan. Kedua-dua promosi ini ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia & bukan warganegara yang mempunyai permit/pas bekerja yang sah di Malaysia. Kempen ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada para pengunjung yang sentiasa menyokong Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sejak tahun 1996 sehingga kini” tambah beliau lagi. 


Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19, antaranya seperti, penjarakkan sosial, penyediaan ‘hand sanitiser’, merekod suhu badan pengunjung, kesan kontak (contact tracing), amalan memakai pelitup muka dan lain-lain lagi. Sanitasi penuh juga telah dibuat bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan setiap 45 minit setiap hari. 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / layari www.menarakl.com.my / facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl atau Menara Alor Setar ditalian 04-720 2901 / layari www.menaraalorsetar.com.my / facebook @menaraalorsetarofficial / instagram @menaraalorsetarofficial. 

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025