SINOPSIS SIRI DRAMA "BILA CUPID JATUH CINTA" DI TV3



Fira, seorang pekerja di sebuah agensi mencari jodoh ditugaskan untuk mencari calon pasangan buat anak rakan karib bossnya, Dani. Apabila Fira terjatuh hati pada Dani, mampukah Fira melawan perasaannya dan menjalankan tugasnya secara profesional? 

Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline telah mula bersiaran di TV3 pada 4 Julai 2020, setiap hari Sabtu, selama satu jam pada pukul 9.00 malam. Drama romantis yang mempunyai 10 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production dan diarahkan oleh Bahri Uma. Membariskan Aiman Hakim Redza dan Oktovia Manrose sebagai pelakon utama, Bila Cupid Jatuh Cinta juga turut menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Elfira Loy, Ikmal Amry, Sham Visa, Sharmaine Farouk, Sharifah Husna, Bella Dowana, Dynas Mokhtar, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi. 


Fira (Oktovia Manrose) menerima tugasan daripada bosnya, Puan Suraya (Sharmaine Farouk) untuk mencarikan jodoh untuk Dani, anak kepada rakan karibnya. Di saat bertemu Dani, Fira terjatuh hati pada Dani tetapi dia menyimpan perasaannya untuk bersikap profesional sebagai ejen mencari jodoh. 

Haris (Ikmal Amry), anak kepada Puan Suraya mula rasa bimbang kerana dia sebenarnya menyukai Fira dalam diam. Haris mula rasa tergugat dengan Dani. Kegagalan Fira untuk melawan perasaannya menyebabkan Fira tidak tentu arah. Malahan, Fira sanggup menemukan Dani dengan calon palsu agar dapat memberikannya lebih banyak masa untuk memenangi hati Dani. 


Fira mula berubah untuk menepati ciri-ciri wanita idaman Dani. Calon yang dicarikan oleh Fira nampaknya padan dengan Dani apabila hubungan Dani dan Sara (Sharifah Husna) bermula dengan baik. Fira rasa kecewa dan mula menerima hakikat bahawa cinta Dani tidak akan menjadi miliknya. Namun, Dani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Sara. 

Dani bersemuka dengan Fira dan mengatakan dia tahu akan rancangan Fira yang sengaja mencarikan calon yang tidak sesuai untuknya. Fira menidakkannya dan mempertahankan diri dengan mengatakan Sara ialah calon paling sesuai untuk Dani. Pada masa yang sama, Haris telah meluahkan isi hatinya dan berusaha untuk memikat hati Fira. Apakah kesudahan kisah cinta mereka? 


Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Bila Cupid Jatuh Cinta yang dibawakan khas oleh Vaseline pada setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan juga strim di laman portal www.tonton.com.my

Ikuti portal www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia di Instagram, Facebook dan Twitter untuk dapatkan maklumat lanjut tentang program dan drama terkini TV3.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM