STARBUCKS REWARDS RAIKAN 15 TAHUN DI MALAYSIA MENERUSI JELAJAH STARLAND DI KUALA LUMPUR, JOHOR DAN PULAU PINANG


Starbucks Rewards meraikan ulang tahun ke-15 di Malaysia dengan menganjurkan Starbucks Rewards StarLand Tour, sebuah siri jelajah interaktif yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Program Starbucks Rewards mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011 menerusi pelancaran Starbucks Card. Seiring perubahan gaya hidup dan perkembangan teknologi digital, Starbucks Malaysia melancarkan aplikasi mudah alih Starbucks Malaysia pada tahun 2014, membolehkan pelanggan menguruskan Starbucks Card dan menjejaki ganjaran mereka dengan lebih mudah melalui telefon pintar. Pada tahun 2021 pula, sistem mata ganjaran STARS diperkenalkan sebagai mata wang kesetiaan dalam program Starbucks Rewards. Sepanjang 15 tahun lalu, program ini terus berkembang mengikut perubahan keperluan dan tabiat pengguna, sekali gus memperkaya pengalaman pelanggan bersama jenama Starbucks.

Bagi meraikan pencapaian istimewa ini, Starbucks Malaysia mempersembahkan Starbucks Rewards StarLand Tour, sebuah karnival bergerak yang menggabungkan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan pengalaman interaktif untuk pelanggan. Acara ini memberi peluang kepada pengunjung mengenali dengan lebih dekat program Starbucks Rewards, menikmati pelbagai ganjaran eksklusif untuk ahli serta mencipta kenangan manis bersama keluarga dan rakan-rakan.

Direka khas untuk menghargai ahli sedia ada serta mengalu-alukan pelanggan baharu, StarLand Tour menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang jelajah berlangsung. Pengunjung boleh menguji kemahiran menerusi permainan Star Toss dan Star Chaser, mencuba nasib di Spin the Star, merakam kenangan di sudut fotografi khas serta menikmati pelbagai hadiah dan ganjaran eksklusif. Pelbagai kejutan dan pengalaman menarik turut menanti para pengunjung di setiap lokasi.

Starbucks Rewards StarLand Tour akan singgah di Starhill, Kuala Lumpur dari 20 hingga 22 November 2026, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jelajah itu kemudian diteruskan ke Alfresco, Gurney Plaza, Pulau Pinang dari 27 hingga 29 November 2026, antara jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, sebelum menutup tirainya di Johor dari 4 hingga 6 Disember 2026, bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Menurut Zakiah Hanim, Pengarah Pemasaran & Loyalti Starbucks Malaysia, Starbucks Rewards telah menjadi sebahagian daripada rutin harian pencinta kopi di Malaysia selama 15 tahun, sambil mengeratkan hubungan antara jenama dan pelanggan menerusi pelbagai ganjaran serta pengalaman istimewa.

"StarLand merupakan cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Starbucks Rewards yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Sama ada anda telah lama bersama kami atau baru mengenali Starbucks Rewards, kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran semua ke StarLand Tour dan meraikan detik istimewa ini bersama-sama," katanya.


Nikmati Kopi dan Menangi Kereta Menerusi Peraduan Sip & Win

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-15 ini, Starbucks Malaysia turut menganjurkan Peraduan Starbucks Rewards Sip & Win yang berlangsung dari 11 November 2026 hingga 15 Februari 2027.

Peraduan tersebut menawarkan dua hadiah utama yang cukup menarik, iaitu sebuah MG5 EV dan MG ZS 1.5T, selain hadiah mingguan berupa kopi Starbucks untuk para pemenang bertuah.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Starbucks Rewards StarLand Tour, Starbucks Rewards serta Peraduan Sip & Win, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Starbucks Malaysia atau melayari aplikasi Starbucks Malaysia MY App.

Comments

Popular posts from this blog

PEMINAT MARVEL ‘TAWAN’ BUKIT BINTANG! GRAB MALAYSIA MULAKAN KIRAAN DETIK 33 HARI AVENGERS: DOOMSDAY