UNIFI KUKUHKAN PKS TEMPATAN MENERUSI UNIFI BUSINESS CLUB (UBC)



Berikutan peningkatan bilangan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang berpindah masuk ke pasaran digital, maka banyak yang mencari pembekal perkhidmatan yang boleh membantu perniagaan ini beroperasi dengan lebih efisien dalam ‘normal baharu’. 

Bagi membolehkan kemasukan ke dunia digital secara lebih lancar, unifi menggabungkan penyelesaian perniagaan yang terbaik, nasihat pakar dan peralatan pemasaran untuk memberikan unifi Business Club (uBC) – sebuah komuniti semua dalam satu yang menempatkan segala kemudahan yang diperlukan oleh perniagaan untuk berkembang, semuanya disediakan secara eksklusif untuk para pelanggan Perniagaan. 

Bagi membina komuniti ini, unifi akan memanfaatkan perkongsian strategik dengan pakar industri untuk mendapatkan nasihat, peralatan dan penyelesaian bagi para peserta uBC termasuk masa siaran percuma menerusi unifi TV. Ketua Segmen PKS di unifi, Azmi Abdullah menjelaskan, “unifi memahami cabaran yang dihadapi oleh perniagaan disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan. Oleh yang demikian, selain daripada nasihat pakar, peralatan dan penyelesaian daripada rakan-rakan strategik, kami turut menyediakan peluang kepada perniagaan untuk mendapatkan semula momentum perniagaan mereka dan memperoleh pendedahan yang maksimum dengan kemudahan iklan secara PERCUMA di unifi TV mulai 15 Ogos 2020. Ini merupakan peluang terbaik untuk PKS tempatan menempah slot waktu perdana di saluran-saluran yang paling banyak ditonton dan mengiklankan perniagaan mereka kepada sebahagian besar pelanggan unifi TV. Kami harap penyelesaian ini akan dapat membantu perniagaan berkembang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Kami juga mahu mereka menganggap unifi bukan sekadar pembekal perkhidmatan, malah sebagai rakan penting dalam usaha mereka mencapai kejayaan.” 

Selain iklan percuma, semua pelanggan jalur lebar dan mudah alih unifi Business akan mendapat akses serta-merta kepada bantuan pakar untuk pemasaran dan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alat pengurusan sumber insan dan program penglibatan komuniti yang disusun khas untuk keperluan perniagaan yang berbeza. Semua peralatan penting ini boleh diakses melalui portal unifi Business Club (uBC Portal). Dalam uBC Portal, para peserta boleh menemui halaman SME Sama-Sama yang disasarkan untuk pelancaran pada bulan Ogos 2020. SME Sama-Sama bertindak sebagai pengumpul kandungan termasuklah webinar perniagaan, rancangan bual bicara, sembang secara langsung, acara, petua perniagaan dan rencana yang berkaitan. 

uBC memulakan langkahnya pada bulan ini dengan penawaran penggalak produktiviti seperti KryptoPOS, yang bekerjasama dengan uBC bagi memberikan langganan percuma sepanjang hayat untuk perisian POS (Point-of-Sale) mereka yang bernilai RM1,500.00 setahun; diskaun tahunan sebanyak 15 peratus selain daripada pengecualian yuran langganan selama 3 bulan untuk Swingvy, sebuah platform penyelesaian HR; dan rebat 20 peratus dalam bentuk kredit untuk akaun korporat di bawah Lalamove, syarikat penghantaran perniagaan mengikut permintaan yang sedang pesat berkembang. Lebih banyak perkongsian strategik dan tawaran akan diumumkan sepanjang tahun dan peserta digalakkan untuk mengunjungi portal rasmi dan platform media sosial uBC untuk mendapatkan perkembangan terbaru kami.

Sebagai sebahagian daripada semakan cadangan nilai uBC kami yang kerap, mulai bulan Jun 2020, perkhidmatan Sokongan Premium kami yang melayakkan para peserta menerima sokongan teknikal di lokasi masing-masing dalam masa dua (2) jam selepas membuat permintaan telah dimulakan meliputi 25 lokasi TMpoint yang berlainan di seluruh negara. Memandangkan perniagaan tempatan berusaha untuk kembali dengan lebih kukuh lagi, maka penyelesaian kewangan melalui dalam talian oleh SME Bank dan RHB Bank yang menawarkan kelulusan pinjaman dalam masa 48 jam menjadi langkah permulaan yang penting. Bersama-sama dengan Digital Marketing Solutions (DMS) yang disediakan oleh rakan strategik unifi, Yellow Pages dan EngineMailer, peserta uBC berpeluang untuk meningkatkan kehadiran digital dan penglibatan pelanggan secara lebih berkesan bagi memastikan kesinambungan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut tentang unifi Business Club dan penawaran produk unifi biz, sila layari www.unifi.com.my/business/ubc.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING