JOOX BAWAKAN ‘KONSERT ONLINE HIGH5JOOX” BERSAMA ARTIS SENSASI



JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, menjemput anda untuk berhibur bersama artis-artis popularMalaysia. Nantikan tiga persembahan secara langsung dalam talian bersempena sambutan ulang tahun ke-5 High5JOOX, JOOX Malaysia. Nikmati “Konsert Online High5JOOX” di keselesaan rumah anda atau di mana-mana sahaja anda berada untuk menyaksikan persembahan memukau Naim Daniel dan Ismail Izzani, Floor 88, serta artis-artis JOOX ORIGINALS; Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, dan Sophia Liana & Budak Ngam. Peminat juga berpeluang memenangi pas eksklusif untuk berinterasksi secara langsung dengan idola mereka melalui panggilan video! 

Nantikan pukauan vokal dari Ledakan Duo: Naim Daniel dan Ismail Izzani, yang akan membuat persembahan bersama di konsert Online ini pada 25 Julai. Dan jika anda peminat muzik rock, maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati gegaran mantap muzik ini bersama Gegaran Band: Floor 88 pada 8 Ogos, kerana mereka akan membuktikan kepada peminat mengapa mereka adalah kumpulan yang paling banyak distrim di JOOX. 

Sebagai penutup acara konsert ini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan artis-artis JOOX ORIGINALS yang akan berlangsung pada 15 Ogos yang menggabungkan ratu balada Dayang Nurfaizah, penyanyi dan pencipta lagu Daiyan Trisha, artis duo R&B baharu FML, bintang Rap meningkat naik, Sophia Liana & Budak Ngam yang pasti akan menawan hati dengan keunikan masing-masing. 

Jangan terlepas konsert dalam talian yang luar biasa ini! Tandakan kalendar anda sekarang:

25 Julai, Sabtu 9 malam
Naim Daniel and Ismail Izzani
8 Ogos, Sabtu 9 malam
Floor 88
15 Ogos, Sabtu 9 malam
JOOX ORIGINALS - Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam

Sertailah keterujaan konsert ini dan RSVP sekarang di https://bit.ly/RSVPLedakanDuoJOOX! Lebih hebat, dua pemenang bertuah akan dipiliholeh JOOX untuk memenangi pas eksklusif berinteraksi secara langsung dengan artis-artis ini menerusi panggilan video. Peminat akan dipilih untuk setiap konsert. Maklumat lanjut penyertaan boleh didapati di laman Facebook JOOX Malaysia dan aplikasi JOOX! 

“Kami di JOOX sangat gembira untuk memberikan yang sepatutnya buat peminat muzik di seluruh Malaysia, iaitu hanya yang terbaik daripada bintang muzik paling popular, paling menyerlah dan yang sedang meningkat naik.Acara ini adalah sebahagian daripada “High5JOOX Celebration”, persembahan muzik selama tiga hujung di atas talian ini adalah cara kami untuk menunjukkan komitmen dan dedikasi kami untuk membalas sokongan padu yang JOOX terima dari peminat muzik di Malaysia selama lima tahun ini dan semoga ianya berkekalan sehingga tahun seterusnya. Barisan artis yang mengambil bahagian dalam acara ini dapat menunjukan secara sempurna betapa hebatnya suasana muzik digital di Malaysia.”kata Angie Tan, Ketua JOOX Malaysia. 

"Kami sudah tidak sabar untuk menghiburkan peminat kami agar mereka mengalami sendiri persembahan lagu-lagu kami secara langsung dalam konsert dalam talian ini. " kata Naim Daniel dan Ismail Izzani. Kumpulan yang semakin mencipta nama, Floor 88 juga berjanji untuk menggegarkan peminat dengan lagu-lagu popular mereka, "Kami akan memberikan persembahan memukau agar peminat merasakan seolah-olah kami berada di hadapan mereka. Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana dan Budak Ngam juga menyatakan betapa mereka begitu teruja dan semangat dengan persembahan dalam talian ini ,"Kami berharap semua peminat muzik di Malaysia bersedia untuk menyokong kami, kerana kami berjanji akan memberikan persembahan 100 peratus kepada para peminat kami," kata mereka. 


Sama ada anda ingin menonton acara yang diterbitkan oleh JOOX buat julung kalinya, K-Pop IDOL STATION, projek lintasan muzik eksklusif JOOX ORIGINALS, dan I-LAND acara blockbuster Korea terbaru yang menampilkan raja menari K-Pop Rain dan penyanyi rap Korea, Zico, atau menonton siaran langsung dan berkaraoke bersama keluarga dan rakan anda, dengan hanya satu klik sahaja JOOX sedia memberikan pesta muzik hiburan dan harian peribadi anda.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA