AGODA LANCAR KEMPEN BANTU SEMARAKKAN PELANCONGAN LOKAL



Agoda telah melancarkan "GoLocal', sebuah kempen berintegrasi terbesar yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi pelancongan domestik di rantau Asia Pasifik dan pasaran antarabangsa. Kempen ini telah disertai oleh ribuan rakan perhotelan dalam fasa pra-pelancaran.


Pengusaha penginapan yang menyertai inisiatif GoLocal Agoda dijangka akan memperolehi keuntungan daripada pendekatan pelbagai saluran yang tersedia untuk mencapai pelancong-pelancong yang mencari tawaran pelancongan domestik yang hebat. Dalam kempen domestik yang terbesar ini, Agoda telah menyediakan satu kempen jualan dan pemasaran yang berintegrasi penuh bagi menyokong inisiatif GoLocal, melabur dalam kempen-kempen media yang diselaraskan, melaksanakan aktiviti pengaktifan jenama secara digital dan perhubungan awam tersasar, menjalin kerjasama strategik dan juga pemasaran pelanggan mengikut pesanan, dan laman sesawang khas www.agoda.com/golocal.



“Kami telah melancarkan inisiatif ini secara tidak rasmi sebulan yang lalu untuk mengukur sejauh mana permintaan untuk promosi pelancongan domestik, dan sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan kami. Kempen GoLocal kini telah dilancarkan dan mendapat penglibatan daripada ribuan hotel dan rakan Agoda Homes di seluruh dunia untuk memberikan tawaran yang hebat kepada mereka yang bersedia untuk melancong semula. Pengusaha yang melibatkan diri pada awal pra-pelancaran GoLocal telah mencapai prestasi yang lebih tinggi berbanding pengusaha lain dalam sektor pelancongan domestik di rantau ini, dan dengan ini kami yakin bahawa inisiatif GoLocal akan membawa lebih banyak tempahan,” terang Errol Cooke, Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga, Agoda.

Para pengusaha yang menyertai kempen GoLocal akan menyediakan tawaran pelancongan domestik yang istimewa. Hasilnya, mereka akan ditampilkan menerusi pelbagai produk Agoda dan titik sentuhan pemasaran yang telah dikenal pasti secara strategik bagi memaksimumkan keberkesanan kempen tersebut. Ini termasuk laman web eksklusif agoda.com/golocal untuk pelancongan domestik, butang-butang GoLocal yang memberi sorotan kepada tempat-tempat penginapan yang mengambil bahagian di dalam Agoda, kempen emel pelanggan dan paparan iklan.


“Dengan kawalan pergerakan yang semakin dilonggarkan, adalah menjadi hasrat kami agar kempen GoLocal dapat menyemarakkan lagi permintaan pelancongan domestik di rantau Asia Pasifik, melalui penggunaan kandungan dan pesanan yang kreatif bagi mendorong para pelancong untuk bercuti dalam negeri, mengenali semula budaya tempatan dan menjelajahi ke tempat-tempat yang belum pernah dikunjungi. Kami ingin memberi dorongan bagi mereka melancong dengan selamat dan membantu mereka mendapatkan pelbagai pilihan dan nilai terbaik untuk berbuat demikian. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan kempen ini agar semua rakan niaga kami dapat mengecapi bersama peningkatan permintaan pelancongan tempatan dan berikhtiar untuk masa depan yang lebih cerah,” ujar Cooke.

Kempen pengguna GoLocal dilancarkan bersama sebuah filem jenama global yang diedarkan secara digital di pasaran-pasaran utama. Filem tersebut merupakan sepucuk surat cinta mengikut perspektif seorang pengembara berpengalaman yang menggalakkan semua untuk mengembara dengan berwaspada apabila menjelajahi ke tempat-tempat berhampiran.



Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN