COOKHOUSE TERAJUI KONSEP DAPUR CLOUD BAHARU DI MALAYSIA



Pastinya anda pernah dengar tentang ‘ruang kerja bersama’. Namun, bagaimana pula dengan ‘ruang masak bersama’ atau ‘ruang dapur cloud’? COOKHOUSE, sebuah syarikat pemula di Malaysia kini menawarkan ruang dapur berasaskan komuniti yang pertama kepada usahawan-usahawan makanan yang sedang berkembang. Tidak kira cef-cef yang baru, berpengalaman, mahupun pemilik perniagaan F&B yang ingin menceburi pasaran penghantaran makanan, kini dapat mengembangkan perniagaan masing-masing di ruang dapur yang lengkap. Malahan, mereka juga berpeluang bekerjasama, menjalin hubungan perniagaan, serta berkongsi kemudahan bertaraf komersial menerusi kemudahan hebat ini! 


Dengan akses 24/7 dan keluasan 10,000 kaki persegi, ruang dapur cloud bersama ini terletak di Petaling Jaya. Ia mempunyai 5 studio dapur peribadi, ruang pengeluaran roti/kek/biskut bersama, dapur Asian & Western, dapur persiapan, pendingin dan penyejuk, ruang penyimpanan kering, kemudahan pembungkusan, serta kawasan punggah penghantaran makanan bagi memudahkan pengedaran. COOKHOUSE bertujuan memperkasakan pengusaha makanan untuk mengasah kemahiran dapur dan keusahawanan mereka pada setiap langkah, tanpa perlu melabur untuk ruang fizikal mereka sendiri. 


“Menerusi COOKHOUSE, kami berusaha membina satu platform yang menyatukan individu-individu dengan minat yang sama dalam makanan serta perniagaan. Dengan menawarkan ruang yang kondusif dan kemudahan memasak yang canggih, COOKHOUSE berazam untuk menjadi pemangkin dan komuniti kepada usahawan-usahawan makanan – memendekkan lengkung pembelajaran serta memacu pertumbuhan peniagaan dalam talian dan penghantaran mereka. Selain itu, pemilik perniagaan makanan yang berpengalaman juga dapat memanfaatkan ruang dan perkhidmatan ini untuk memajukan perniagaan mereka dalam pasaran penghantaran serta dalam talian pada kos yang lebih rendah,” demikian kata Huen Su San, Pengasas COOKHOUSE. 


Penjimatan kos adalah manfaat paling jelas yang ditawarkan oleh ruang dapur bersama. Ini kerana pengguna tidak perlu membayar sewa bulanan yang tinggi untuk mendapat ruang mereka sendiri atau mengeluarkan modal yang tinggi untuk pengubahsuaian dan peralatan dapur. Sebaliknya, mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan COOKHOUSE menerusi pakej-pakej yang berpatutan dan disesuaikan dengan keperluan dan kehendak mereka. Selain itu, mereka juga tidak perlu bimbang akan perbelanjaan yang besar untuk peralatan dapur premium yang jarang digunakan, kerana COOKHOUSE dilengkapi dengan peralatan yang lengkap. Justeru, cef-cef skala kecil tidak perlu lagi membeli peralatan baru atau peralatan dapur yang utama. Ruang ini juga memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk membawa peralatan mereka sendiri dan menyewa peti sejuk tambahan serta ruang simpanan mengikut keperluan. 


Namun, apa yang lebih menarik lagi adalah komuniti dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh COOKHOUSE. Berbekalkan ruang dapur utama, kemudahan dapur cloud, pejabat kerja bersama, dan ruang acara, pengguna dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan mereka. Mereka juga dapat mencuba pelbagai idea, mendapat akses mudah kepada tunjuk ajar, dan menguji idea mereka dalam suasana yang selamat sebelum mengambil keputusan untuk meningkatkan pengeluaran. Satu lagi manfaat beroperasi dari dapur cloud COOKHOUSE adalah perniagaan makanan dapat mencapai pelanggan menerusi platform dalam talian. Setelah menerima pesanan, mereka dapat bergantung pada rakan penghantaran makanan seperti GrabFood dan FoodPanda yang ditawarkan dalam ekosistem kemudahan ini untuk mencapai pelanggan secara berkesan, tanpa perlu bergantung pada cara tradisional di mana pelanggan mesti datang ke premis. 


"Kami ingin menyokong pengusaha makanan yang sedang berkembang dengan menawarkan persekitaran yang sesuai untuk memastikan perniagaan mereka berkembang dengan cekap dan mapan. COOKHOUSE menawarkan kelebihan kepada syarikat pemula makanan dan pengendali makanan menerusi pelbagai peluang ruang dapur bersama. Dengan ini, pengguna kami mampu membina rangkaian sokongan dan kelebihan unik daripada ruang memasak bersama ini. Mereka tidak perlu bimbang akan perkara-perkara kecil seperti penyelenggaraan peralatan, pengubahsuaian dan kawalan perosak. Sebaliknya, mereka hanya perlu memberikan tumpuan kepada idea perniagaan mereka dan menjamin kepuasan pelanggan,” kata Su San, seorang usahawan bersiri yang memahami keperluan dan cabaran industri F&B. 


COOKHOUSE merupakan kemudahan terurus yang mematuhi peraturan Malaysia serta piawaian khusus berkaitan dengan keselamatan dan kebersihan. Ruang memasak bersama ini kini beroperasi sepenuhnya dan sedia menyambut semua pengusaha makanan yang ingin memacu perniagaan dan masakan mereka ke tahap yang lebih tinggi. COOKHOUSE berganding tangan dengan rakan-rakan teknologi seperti Unilever, Food Market Hub, Aliments, Oddle, SoCar dan Mr.Speedy untuk menambah nilai bagi pengguna mereka dengan misi untuk memperkasakan komuniti perniagaan F&B di Malaysia. 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang ruang dapur cloud yang pertama di Malaysia ini, sila kunjungi laman web COOKHOUSE di www.cookhouse.com.my atau halaman Instagram rasmi mereka di www.instagram.com/cookhousemalaysia


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!