CAROUSELL UNGKAP KISAH MENDAPAT KEUNTUNGAN SEMASA PKP



Satu kajian baharu mengenai perilaku pengguna yang dijalankan oleh Carousell, salah satu platform jual beli dalam talian terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kebanyakannya menyesuaikan diri kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memanfaatkan apa yang mereka ada, melalui aktiviti penjualan dan pembelian. Semasa PKP itu sendiri, secara purata rakyat Malaysia memperoleh keuntungan sebanyak RM1,396, dengan menjual melalui Carousell. 



Wang Masuk 

Kebanyakannya memilih barangan terpakai atas sebab kewangan, untuk mendapat tawaran lebih baik daripada pembelian barangan terpakai atau mendapatkan wang tambahan dengan menjual barangan yang tidak diperlukan lagi. Rangsangan ini menjadi lebih penting ketika pandemik ini, apabila rakyat Malaysia melakukan lebih 690,000 transaksi untuk barangan terpakai bagi mendapat lebih wang, sama ada untuk simpanan waktu kecemasan, menambah pendapatan, atau bagi mengurangkan kesan akibat kehilangan pekerjaan. 

Namun, masih banyak nilai untuk diteroka dalam menjual barang yang jarang digunakan. Di pasar Carousell sahaja, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjual tambahan barangan terpakai bernilai RM640 juta. 

Pasaran barangan terpakai dengan pantas menjadi destinasi pilihan utama untuk barangan tertentu seperti fesyen dan elektronik, dua daripada kategori Carousell yang cukup popular. Semasa PKP, barangan elektronik masih menerima banyak permintaan, dengan lebih daripada 1.2 juta pencarian peralatan Kerja Dari Rumah. Bagaimanapun, rakyat Malaysia melakukan lebih daripada sekadar bekerja dari rumah — mereka juga sibuk memasak di dapur rumah juga. 

Tetap Buka 

Pada bulan Ramadan, penutupan bazar fizikal memberi ruang kepada rakyat Malaysia memanfaatkan Carousell untuk terus menjual juadah yang dimasak sendiri melalui kategori Makanan dan Minuman Tempatan (F&B) yang baru dilancarkan, di mana pengguna boleh mencari makanan yang terdekat dalam jarak 10 km dari lokasi mereka. Cinta rakyat Malaysia terhadap makanan bukan lagi rahsia – semasa tempoh PKP sahaja, perbualan dalam segmen F&B meningkat lebih tiga kali ganda. Rakyat Malaysia bukan hanya menjual makanan yang dimasak sendiri di Carousell tetapi turut menggunakan saluran ini untuk mencari keperluan memasak dan membakar juga, sehinggalah ke barangan asas seperti pemukul telur, yang permintaannya meningkat dua kali ganda. 

Memperkasakan Usahawan 

Bagi pengguna seperti Fiza, yang terkurung di rumah, memasak dan menjualnya di Carousell memberikannya ruang untuk menghadapi tempoh PKP serta memanfaatkan waktu itu sebaik-baiknya. “Saya mahu mendorong diri sendiri untuk memanfaatkan masa yang baru ditemui ini dengan memasak, sesuatu yang sudah lama saya ingin lakukan. Arwah ibu saya dulu pandai buat tat nanas yang paling sedap, dan saya mahu mengikut jejak langkahnya dan berkongsi ciptaannya dengan semua orang,” kata Fiza. 

Rakyat Malaysia mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pelbagai cara. Dengan pelitup muka yang menjadi satu keperluan dalam dunia pasca-COVID, pencarian untuk pelitup muka meningkat sehingga lebih 5 kali ganda. Penjual juga memberi maklum balas kepada peningkatan permintaan itu, dengan 2.5 kali peningkatan dalam jumlah senaraian pelitup muka di Carousell. Seperti kebanyakan orang, pengguna Carousell, Yanice, mula menghasilkan dan menjual pelitup muka yang dijahit sendiri di Carousell kerana perniagaan keluarganya terpaksa dihentikan buat sementara. Dia telah menjual lebih 200 pelitup muka, menggunakan Carousell Protection, solusi pembayaran escrow Carousell yang dipercayai, dan kaedah pengiriman bersepadu dalam setiap transaksinya, supaya dia boleh mematuhi langkah penjarakan sosial. Secara keseluruhan, terdapat peningkatan sebanyak 115% dalam purata transaksi harian yang dibuat melalui Carousell Protection. 

Kisah Carousell 

Tang Siew Wai, Pengurus Negara, Carousell Malaysia berkata, “Semangat Carousell tidak pernah berhenti memberi inspirasi kepada kita setiap hari. Ia sangat menyerlah semasa bulan Ramadan kerana, walaupun tidak dapat mengunjungi bazar Ramadan fizikal, tetapi Rakyat Malaysia memanfaatkan situasi itu dengan menjual dan membeli kuih muih tradisional yang dimasak di rumah dan lain-lain keperluan Hari Raya secara dalam talian. Dengan cara ini, perayaan tetap disambut walaupun dalam keadaan berbeza. Ia mengesahkan misi kami, iaitu untuk memberi inspirasi kepada setiap orang di dunia ini untuk mula menjual dan membeli. Wabak ini telah menunjukkan kepada kita bahawa perkhidmatan yang kami tawarkan kini menjadi semakin relevan berbanding sebelum ini. Kami teruja dan terinspirasi oleh komuniti pengguna kami yang bijak dan mempunyai kemahiran keusahawanan dalam pelbagai cara tidak kira betapa sukarpun tempoh PKP ini, dan kami mahu memastikan platform kami ini terus memperkasakan mereka dalam perjalanan mereka ini.” 

Untuk meraikan dan berkongsi kisah-kisah pengguna Carousell yang telah memberi contoh kecekalan dan kepintaran, Carousell melancarkan kempen #MakingTheBest yang akan dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang. Untuk kisah Carousell yang lain, sila lawati press.carousell.com.


Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES