SANTAI, SIHAT & BERGAYA – FILA FUN RUN 2026 DI PUTRAJAYA


Buat julung kalinya di Malaysia, FILA bakal menganjurkan acara larian santai pertamanya, FILA Fun Run 2026 dan mengajak orang ramai meraikan gaya hidup aktif dalam suasana santai di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu, 25 April ini. Acara ini menawarkan kategori 5KM dan 10KM, direka untuk semua peringkat, daripada yang baru ingin mula berlari hingga ke mereka yang berpengalaman, membolehkan setiap peserta menikmati pengalaman mengikut kemampuan sendiri.

Menambahkan lagi kemeriahan acara, Amelia Henderson dan Amir Ahnaf akan turut sama ‘turun padang’, mewakili gaya hidup yang pelbagai serta memperkukuh mesej bahawa gaya hidup aktif adalah untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau tahap kecergasan. Selari dengan aspirasi FILA, kehadiran mereka turut memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memulakan langkah ke arah gaya hidup yang lebih aktif.

FILA Float Max 2.0

“Penganjuran larian santai pertama FILA di Malaysia ini bertepatan dengan sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia (6 April), sekali gus mengingatkan kita tentang kepentingan untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian. Ketika semakin ramai rakyat Malaysia mencari cara yang mudah dan menyeronokkan untuk bergerak, langkah kecil sekalipun mampu memberi perubahan yang bermakna. Inisiatif ini mencerminkan komitmen FILA dalam memperkukuh budaya gaya hidup aktif, sambil menjadikan aktiviti berlari dan berjalan lebih mudah diakses oleh semua,” ujar Jimmy Jin Bohyun, Ketua Pegawai Eksekutif Misto Malaysia Sdn. Bhd.

Di FILA Fun Run 2026, peserta juga bakal menjadi antara yang terawal mencuba inovasi terkini FILA, FILA Float Max 2.0. Direka untuk mereka yang ingin menjadikan larian sebagai gaya hidup lebih sihat, kasut ini menggabungkan keselesaan, prestasi dan gaya dalam satu rekaan. Setiap langkah terasa lebih ringan dan lancar, memberikan pengalaman larian dengan sensasi seakan terapung.


Koleksi FILA Float kini boleh didapati di semua stor rasmi FILA serta platform dalam talian FILA. Kini orang ramai berpeluang menjadi antara yang terawal mencuba koleksi ini dengan pembelian mana mana kasut FILA Float dari 10 hingga 19 April 2026 serta berpeluang memenangi barangan eksklusif FILA. Pemenang juga berpeluang menyertai FILA Fun Run termasuk sesi meet and greet istimewa bersama Amelia Henderson dan Amir Ahnaf. Sertai peraduan ini dan ikuti langkah yang ditetapkan DI SINI untuk peluang memenangi hadiah menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada FILA Fun Run 2026 dan mulakan langkah pertama ke arah gaya hidup yang lebih aktif. Untuk maklumat terkini, ikuti @filasoutheastasia dan @fila.malaysia serta gunakan hashtag #FILA #FILAMY #FILASEA #FILAFUNRUN2026.

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

PUBG MOBILE SAMBUT ULANG TAHUN KE-8 DENGAN SAMBUTAN MERIAH, UMUM FOKUS BAHARU KEPADA KOMUNITI MALAYSIA TIMUR

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA