"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

ZUS COFFEE memperkenalkan Bangun, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA – satu inisiatif selama setahun dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan, untuk menawarkan kopi pada harga istimewa bagi golongan yang bangun awal di lebih 250 cawangan ZUS COFFEE di KL dan Putrajaya.

Dari kiri ke kanan: Yoganathan Muniandi, Ketua Operasi Malaysia dan Singapura bagi ZUS Coffee; Venon Tian, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan; Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); serta Yang Berbahagia Datuk Stuart Ramalingam, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, hadir di pelancaran program "Bangun, KL! Ke Arah KL Yang Lebih Sejahtera".

Ini merupakan inisiatif kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur dan menjaga kesejahteraan orang ramai yang masuk ke KL untuk bekerja.

Berlangsung sehingga 31 Disember 2026, program ini tertumpu kepada promosi Masuk KL Awal yang memberi ganjaran kepada mereka yang memulakan hari lebih awal dengan kopi pada harga istimewa.

Program ini dilancarkan secara rasmi di ZUS COFFEE Kasturi Walk hari ini oleh Yang Berhormat, Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Stuart Ramalingam, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Mengulas mengenai kerjasama ini, Yang Berhormat, Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), berkata, "Program Bangun, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA, dirangka dengan matlamat untuk membina persekitaran bandar yang lebih meriah dan mengutamakan rakyat. Kami menyokong usaha seperti promosi Masuk KL Awal oleh ZUS COFFEE yang menawarkan kopi dengan harga serendah RM5 dan meletakkan kesejahteraan komuniti sebagai keutamaan."

Bagi ZUS COFFEE pula, inisiatif ini adalah lanjutan daripada komitmennya kepada komuniti. Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Venon Tian berkata, "ZUS COFFEE telah menjadi sebahagian daripada rutin harian bandar ini dan kami mahu menjadi lebih daripada sekadar kedai memesan kopi. Kehidupan bandar bergerak pantas, dan kami berharap ZUS COFFEE dapat menjadi ruang komuniti memulakan hari dengan tenang, di mana mereka boleh berehat sebentar sebelum kesibukan bermula."

Dari kiri ke kanan: Venon Tian, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan ZUS Coffee bersama Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), melancarkan program "Bangun, KL! Ke Arah KL Yang Lebih Sejahtera" di ZUS Coffee Kasturi Walk.


Menceriakan Pagi Anda dengan Masuk KL Awal

Melalui Masuk KL Awal, ZUS COFFEE menawarkan kopi terpilih dari RM5 untuk mereka yang memulakan hari lebih awal. Tersedia pada pagi hari bekerja dari jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi melalui aplikasi ZUS, promosi ini adalah satu tanda penghargaan kepada mereka mereka yang sudah berada di jalan raya dari pukul 7:00 pagi hingga 8:00 pagi.

Promosi ini tersedia di lebih 250 cawangan ZUS COFFEE terpilih di seluruh KL dan Putrajaya. Untuk maklumat terkini, terma, cawangan terlibat, dan lain-lain, layari laman-laman sosial ZUS COFFEE.

Comments

Popular posts from this blog

HARVEY NORMAN LANCAR HILKER TITANIUM COMFORTCORE V-SERIES: EVOLUSI KESELESAAN TIDUR DI MALAYSIA

PUBG MOBILE SAMBUT ULANG TAHUN KE-8 DENGAN SAMBUTAN MERIAH, UMUM FOKUS BAHARU KEPADA KOMUNITI MALAYSIA TIMUR