MOZILLA VPN KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA



Mozilla telah melancarkan Mozilla VPN (Virtual Private Network/ Jaringan Peribadi Maya) secara rasmi di Malaysia hari ini. Mozilla VPN kini boleh didapati untuk Windows. Perkhidmatan VPN yang laju dan mudah digunakan ini dibawakan oleh Mozilla, pencipta Firefox, dan jenama yang dipercayai dalam perkhidmatan keselamatan dan privasi pengguna dalam talian. Langganan Mozilla VPN boleh didapati dengan harga hanya $4.99 USD (kira-kira RM21) sebulan, dan tidak memerlukan kontrak jangka panjang. Langganan tersebut memberi perlindungan sehingga lima buah peranti. 

Dengan jutaan orang yang bekerja secara dalam talian dan lebih ramai pengguna yang meluangkan masa di rumah, penggunaan internet dilaporkan meningkat sebanyak 30% sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).* Peningkatan pergantungan pada rangkaian rumah memberi peluang kepada pengguna untuk mempertimbangkan semula keselamatan dan privasi dalam talian mereka. Cara mengekalkan keselamatan dalam talian telah menjadi suatu perbincangan “normal baharu”. 

Mozilla VPN membantu para pengguna mengawal privasi digital mereka. Ia membuat enkripsi dan menambahkan selapis lagi perlindungan kepada data peribadi dan maklumat di dalam peranti mereka. Contohnya, ia meningkatkan privasi bagi transaksi dalam talian dengan menyembunyikan alamat IP dan lokasi pengguna. Perlindungan tambahan ini memastikan komunikasi dan panggilan video kepada ahli keluarga dan rakan-rakan dapat dibuat dengan selamat. 

Dalam keadaan pasaran yang sarat dengan pelbagai syarikat yang menjanjikan privasi dan keselamatan, ia sukar bagi seseorang pengguna untuk mengetahui siapa yang harus dipercayai. Mozilla sememangnya mempunyai reputasi dalam menghasilkan produk untuk melindungi keselamatan maklumat para penggunanya. Mozilla VPN didasarkan pada teknologi moden dan berkonsep lean, protokol WireGuard dengan 4,000 barisan kod adalah bersaiz lebih kecil berbanding dengan protokol legasi yang digunakan oleh syarikat perkhidmatan VPN yang lain. 

Dengan Mozilla VPN, pengguna juga akan memperolehi antara muka yang ringkas dan mudah yang direka untuk kemudahan penggunaan oleh sesiapa sahaja yang baru mengenali VPN, atau bagi mereka yang berhasrat untuk menghidupkannya dan menyambung secara dalam talian. 

Pelancaran Mozilla VPN ini menyusuli program ujian beta yang dijalankan selama berbulan-bulan. Maklum balas daripada pengguna beta menunjukkan dengan jelas bahawa kawalan yang lebih ketat ke atas tatacara perkongsian data mereka di dalam jaringan adalah sesuatu yang amat penting. Rekaan Mozilla VPN adalah berpandukan Data Privacy Principles (Prinsip Privasi Data) yang telus dan tidak merekodkan catatan aktiviti dalam jaringan. Mozilla juga tidak menjalinkan usahasama dengan platform analisis pihak ketiga yang menjalankan pembentukan profil tabiat pengguna dalam talian. 

Selain daripada Malaysia, Mozilla VPN juga boleh didapati di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Singapura, dan New Zealand. Pelancaran ke negara-negara lain pada musim luruh akan datang adalah dalam perancangan. 

Dapatkan maklumat tentang Mozilla VPN dan muat turun daripada laman sesawang

*Sumber: Lowyat.net, March 2020


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI