PARA PEREKA FESYEN ASEAN ‘BERFIKIR, MENCIPTA & BERKARYA’ SEMULA
Bermula sebagai sebuah krisis kesihatan, Covid-19 kemudian berubah menjadi sebuah krisis ekonomi dunia dengan begitu cepat sehingga menjejaskan kehidupan rakyat seluruh dunia tanpa disangka-sangka. Banyak industri khasnya para peruncit terpaksa menutup perniagaan mereka setelah banyak negara melaksanakan perintah kawalan berkurung. Ini secara tidak langsung telah menggalakkan perniagaan atas talian atau digital dalam memenuhi kehendak para pengguna. Industri fesyen merupakan salah satu industri yang terjejas teruk gara-gara situasi ini. Kini tiba masanya untuk industri tersebut bangkit semula demi kekal relevan.
Kejatuhan para peruncit besar merupakan peluang buat kebangkitan para pereka fesyen yang bergerak sendiri. CAFD atau Council of ASEAN Fashion Designers Committee (Majlis Jawatankuasa Pereka Fesyen ASEAN) ditubuhkan untuk memperjuangkan industri fesyen serta menyelaraskan tahap persaingan buat pereka fesyen ASEAN supaya mereka mampu bersaing dalam ruang perniagaan dunia yang sangat kompetitif.
CAFD memang menggalakkan pereka fesyen ASEAN untuk mengukir pasaran mereka sendiri dengan menjadi pengkarya asli yang fokus pada pakaian jahitan khas dan bahan berkualiti tinggi serta terus kekal progresif dengan teknologi inovatif dan strategi pemasaran atas talian. Setelah berdekad lalu, setiap negara di rantau ASEAN telah meletakkan banyak usaha dan melabur jutaan wang untuk mempromosi pereka negara masing-masing. Bagaimanapun perkembangannya masih terhad dan di mata dunia pereka fesyen ASEAN masih dianggap pereka yang baru muncul kerana tidak dikenali di luar negara mereka.
Datuk Kenn Yam, Pengerusi Terhormat CAFD, menerangkan bahawa “Selama berdekad lamanya, industri fesyen dibelenggu tradisi dan cara konvensional untuk memasar dan mempromosi. Perkembangan e-dagang dan penambahan pengguna yang peka terhadap alam sekitar telah mengubah tingkah laku pembelian. Walau bagaimanapun terdapat jurang pendapat di antara kebanyakan pereka ASEAN dan pengguna global dari segi 4P (product, price, promotion dan place of distribution) iaitu produk, harga, promosi dan tempat edaran. Inilah yang akan dipenuhi oleh CAFD sebagai sebuah organisasi ASEAN untuk membantu pereka yang bergerak secara sendiri untuk menjual dalam pasaran global masa kini”
Beliau turut menambah bahawa pandemik ini telah membolehkan semua pihak untuk bermula semula, dan kini lebih penting lagi untuk para pereka fesyen yang ingin memastikan kelestarian perniagaan mereka supaya berfikir, mencipta dan berkarya semula. CAFD baru-baru ini telah melantik jawatankuasa baru yang terdiri daripada sekumpulan usahawan dan para profesional dalam bidang teknologi, fesyen, media dan bidang hiburan dengan pengaruh rangkaian perniagaan serta sumber pemasaran untuk membimbing dan membantu pereka fesyen demi membawa mereka kepada kejayaan perniagaan di mata dunia.”
Trang Le, merupakan Presiden CAFD terbaru dan pemilik serta pengasas salah satu Minggu Fesyen Antarabangsa Vietnam atau Vietnam International Fashion Week (VIFW) yang secara kebetulan juga adalah satu acara minggu fesyen terbesar di rantau ASEAN. Trang juga merupakan pemilik kepada hakcipta jenama serta rancangan TV Next Top Model and Project Runway untuk Asia Tenggara. Berkat pengalaman serta rangkaian perniagannya, Trang sudah bersedia untuk membimbing pereka fesyen ASEAN ke persada antarabangsa.
Dua orang timbalan presiden CAFD, Tri Dao Phuc, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yeah-One TV Network di Vietnam serta Darren Choy, Pengarah Urusan Warner Music Group Malaysia merupakan pemimpin media dan industri hiburan yang akan membawa pengalaman serta daya sumber mereka dalam pemasaran sosial serta rangkaian selebriti untuk mempromosi ahli CAFD. Kandungan digital dan data pemasaran merupakan alatan pemasaran penting masa kini dan Tri serta Darren mempunyai pengetahuan dan akses kepada aset ini dalam membantu pereka fesyen untuk bekerjasama dengan selebriti antarabangsa dan mengenalpasti waktu yang tepat untuk pemasaran.
Dato Tan Yee Boon pula yang memegang jawatan setiausaha CAFD merupakan seorang peguam korporat yang mengkhusus dalam penyenaraian syarikat. Datuk Idris Mohd Esa, bekas pengarah Bank Rakyat dan Ambank pula pernah berkhidmat sebagai juruaudit Bank Negara Malaysia Alumni dan kini menyandang jawatan bendahari majlis ini. Dato Tan dan Dato Mohd Idris merupakan penasihat korporat CAFD.
Selain ahli jawatankuasa utama, CAFD turut mempunyai penasihat bagi setiap negara ASEAN. Para penasihat negara terdiri daripada individu yang mampu menyemarakkan inspirasi di kalangan pereka fesyen negara masing-masing untuk menjadi lebih kompetitif secara global. Encik. Johan Johar, seorang Pegawai Pelaburan Kanan untuk kerajaan Brunei dan kini salah seorang ahli Lembaga Pengarah Darussalam Assets Sdn. Bhd. merupakan penasihat negara Brunei manakala Bon Zainal, Presiden Malaysian Bumiputera Designers Association (Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia) adalah penasihat negara Malaysia. Remy Hou, seorang pereka fesyen terkenal Kemboja yang pernah mereka pakaian untuk Katy Perry dan Justin Bieber telah dilantik sebagai penasihat negara Kemboja. Setiap negara di ASEAN akan mempunyai penasihat negara CAFD mereka sendiri supaya para pereka dapat bergerak secara berdikari.
Tidak dapat dinafikan pasaran pengguna terbesar dunia hari ini adalah China. Ia juga salah satu yang paling mencabar dan menguntungkan. CAFD, bangga dengan pembabitan Puan Chenguang Liu sebagai penasihat negara China untuk CAFD. Liu, merupakan timbalan setiausaha Jabatan Filem dan TV Pusat Komunikasi Kebudayaan Antarabangsa China dan Setiausaha Jeneral China Russia International Ball, Penasihat Hal Ehwal China untuk World Dancing Council yang akan membimbing dan menasihati CAFD tentang kepentingan memahami budaya Cina dalam menjanjikan kejayaan pemasaran di negara tersebut.
REthink, REinvent dan REgenerate atau berfikir, mencipta dan berkarya semula adalah satu-satunya cara untuk berkembang dan presiden CAFD Trang akan menerbitkan pertunjukan fesyen secara maya CAFD-VIFW di AFAB, sebuah aplikasi telefon pintar khas buat pereka fesyen persendirian yang lengkap dengan Kecerdasan Buatan dan ciri-ciri AR (Augmented Reality) atau Penambahan Kenyataan untuk menigkatkan pengalaman pengguna semasa membeli-belah karya fesyen ASEAN. Layari www.cafdasia.com dan fahami erti REthink, REinvent dan Regenerate, ia mampu mengubah perniagaan anda sebagai pereka ASEAN yang mempunyai minat dan kebanggaan dalam rekaan jika ingin menjadikan jenama anda global.
Comments
Post a Comment