RIUH X ASEAN 2025 BAKAL WARNAI KUALA LUMPUR SEBAGAI HAB SENI DAN KREATIVITI SERANTAU


Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan utama seni dan kreativiti serantau apabila RIUH x ASEAN 2025 berlangsung dari 15 Oktober hingga 3 November ini. Dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Kumpulan MyCreative Ventures, acara ini dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Sebagai platform utama yang meraikan kepelbagaian budaya dan ekspresi kreatif di rantau ASEAN, RIUH x ASEAN 2025 menampilkan pelbagai program menarik yang merangkumi muzik, seni visual, komedi, puisi, pendidikan komuniti dan pasaran kreatif.

Antara acara utama yang bakal mencuri perhatian ialah frequenSEA: ASEAN Music Conference dan RIUH x ASEAN Marketplace yang dianjurkan bersama QSR Brands. Marketplace ini akan berlangsung di Stadium Merdeka dengan sokongan lokasi daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai siri program sisipan seperti persembahan muzik pop-up, komedi, puisi dan spoken word, bengkel kreatif, pameran seni serta program pembelajaran komuniti. Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk RUMASORA, Panggung Gelak, SEA Slam, Lit Connect, RIUH Gallery: Suara Belacu dan RIUH School.

Selaras dengan tema ASEAN 2025 “Forging Ahead Together: Inclusivity & Sustainability”, penganjuran RIUH x ASEAN tahun ini bertujuan memperkukuh jaringan serantau melalui kolaborasi kreatif dan meraikan kepelbagaian komuniti. Ia juga menjadi medan pertemuan bakat muda dan pemain industri dari pelbagai latar belakang untuk menjalin kerjasama rentas sempadan serta memperkukuh ekosistem ekonomi kreatif ASEAN.

Untuk maklumat lanjut dan jadual penuh acara, orang ramai boleh melayari baskl.com.my/riuhxasean serta mengikuti perkembangan terkini di Instagram dan Facebook @riuhinthecity.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO DAPAT HAK SIARAN EKSKLUSIF PERKAHWINAN KAMAL & UQASHA

FERNLEAF CATAT REKOD MALAYSIA SEMPENA DEEPAVALI DENGAN HIDANGAN 10,101 CAWAN MOORU