SALAMMUSIK MERAIKAN ULANG TAHUN PERTAMA ALBUM RIAWAYAT



Salammusik, kumpulan tempatan yang telah banyak menggodol anugerah di tanah air, meraikan ulangtahun pertama penghasilan album fizikal mereka yang berjudul RIWAYAT. Sehubungan dengan itu, para peminat boleh melayari lagu utama album tersebut, Menyemai Kemungkinan menerusi platform digital yang terpilih. 

Salammusik yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Aku Pelat, Bangkit dan pelbagai lagu lain sentiasa mengangkat dan menyemarakkan elemen dan irama tradisional Malaysia di dalam naskah mereka. “Kami sentiasa menghargai elemen muzik tradisional yang menjadi khazanah negara dan akan sentiasa mengketengahkan elemen ini untuk dikongsi bersama generasi muda dan pada masa yang sama masih lagi disulami dengan rentak-rentak moden agar kekal relevan”, kata penyanyi dan produser Salammusik. 

Lagu Menyemai Kemungkinan adalah sebahagian dari album RIWAYAT, yang diilhami oleh sejarah Malaysia. Buku ini mengandungi karya seni, puisi, terjemahan, transkripsi, dan akord album. 

‘Menyemai Kemungkinan’ telah dijadikan lagu tema bagi filem aksi seni mempertahankan diri, “Geran” dan mulai sekarang, peminat boleh melayari lagu versi asal tersebut mahu pun versi Newsantara Remix by YYY Hertz di semua platform digital seperti i-Tunes, Spotify dan etc. 

“Ia merupakan tahun yang memberangsangkan untuk kami”, jelas Salammusik. “Selepas pelancaran album fizikal yang pertama, ‘Riwayat’, kami mulai sibuk dengan aktiviti jerayawara di seluruh negara dengan persembahan di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Kami sangat berbesar hati dengan sambutan menggalakkan yang telah diterima menerusi peminat dan penyokong muzik kami dari Malaysia. Di samping itu juga, kami berasa amat teruja dengan undangan untuk melakukan persembahan di festival-festival utama di Eropah khususnya”. 

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia sentiasa menyokong inisiatif murni Salammusik dalam memartabatkan elemen muzik tradisional di dalam penghasilan naskah mereka dan ini membawa kepada pengiktirafan dan surat penghargaan yang dizahirkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri. “Ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan apabila usaha kreatif kami mendapat perhatian oleh pemimpin negara ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong usaha kami sejak awal lagi”. 

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia baru-baru ini, Salammusik terpaksa membatalkan jelajah Eropah yang telah dijadualkan pada tahun ini biar pun telah mengesahkan penyertaan mereka di dalam 9 festival utama di sana. Keputusan ini terpaksa diambil memandangkan pembatalan serta penundaan acara dan festival muzik di seluruh dunia disebabkan wabak ini. Namun begitu, kebanyakan festival ini telah pun menjadualkan semula pembabitan Salammusik ke tahun hadapan, 2021. 

Penyanyi dan juga produser yang berusia 31 tahun itu juga turut menggalakkan pemuzik tempatan untuk berani dalam mengeksplorasi koloborasi di peringkat antarabangsa kerana banyak pengalaman dan ilmu baru yang boleh ditimba, “Dunia sedang berevolusi dan saling menginspirasikan, kita juga tidak harus ketinggalan”. 

Dekati Salammusik di www.salammusik.com

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA