DAVID BECKHAM BAKAL TERAJUI PROGRAM AIA LIVE 2 OGOS INI



AIA, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam terbesar dan bebas, hari ini mengumumkan ia bakal menganjurkan acara kesihatan dan kesejahteraan serantau dalam talian buat julung kalinya merentasi 13 pasaran dan diterajui oleh Duta Global AIA, David Beckham. 

AIA Live akan disiarkan pada hari Ahad, 2 Ogos dan mempunyai lebih dari 30 sesi unik yang terdiri daripada perkongsian kandungan kesihatan dan kesejahteraan untuk memberi inspirasi, motivasi dan mendidik masyarakat serantau sebagai sebahagian daripada komitmen AIA untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna. Tema utamanya merangkumi kesejahteraan mental, senaman, aktiviti dan istirehat, pemakanan dan nutrisi, pertumbuhan peribadi, serta segmen muzik dan komedi yang santai dan menghiburkan. 

AIA Live dirancang untuk menarik minat semua peringkat umur dan merentasi pelbagai pasaran dengan meraikan kepelbagaian budaya di seluruh rantau dan, pada masa yang sama, mendekatkan orang ramai untuk menambah pengetahuan tentang kesihatan dan kesejahteraan dengan cara yang mudah dan menarik. 

David Beckham akan merasmikan dan menutup acara tersebut, serta berkongsi kisah bagaimana beliau dan keluarga berhadapan peristiwa-peristiwa luar biasa pada tahun 2020, beserta pengajaran beliau peroleh daripadanya. Chef selebriti Jeremy Pang akan memasak beberapa jenis resipi menggunakan pelbagai bahan masakan dari seluruh Asia, dan para jurulatih daripada rakan kongsi AIA, Tottenham Hotspur Football Club ("Spurs") akan mencabar peserta untuk mencuba beberapa teknik bola sepak yang mudah dan menyeronokkan. Mereka turut disertai oleh lebih daripada 20 pempengaruh atau ‘influencers’ dan tetamu utama lain dari seluruh rantau Asia, sekaligus menyatukan keluarga duta AIA buat pertama kalinya. 

AIA Live akan disiarkan di saluran YouTube Healthy Living AIA dan ahli AIA Vitality yang mengambil bahagian akan memperoleh mata AIA Vitality. Dengan mendaftar untuk acara tersebut, para peserta juga akan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk percutian ke London untuk menyaksikan pasukan Spurs bermain dan bertemu pemain pasukan utama, bola sepak yang ditandatangani David Beckham, sesi memasak secara maya bersama Jeremy Pang, serta barangan menarik dari duta AIA yang lain. AIA juga merancang untuk mengadakan acara seumpama ini di China dan India pada awal September ini, dengan kandungan yang disesuaikan untuk pasaran-pasaran tersebut. 

Stuart A. Spencer, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan AIA, berkata: “Dalam dunia COVID ini, kami dapat melihat perubahan yang berlaku kepada pemikiran serta tingkah laku orang ramai. Oleh itu, kami komited untuk terus berhubung dengan para pelanggan kami dan membantu mereka dengan berkongsi ilmu dan tips praktikal berkenaan kesihatan dan kesejahteraan. Kami sedar lebih ramai pelanggan kami kini lebih aktif dalam talian berbanding sebelum ini, dan mencari kaedah baharu untuk kekal bermotivasi, aktif dan menjalani gaya hidup sihat – kebiasaannya dari kediaman mereka sendiri. Oleh itu, kami sangat teruja mempersembahkan AIA Live, acara pertama seumpamanya, di mana hari tersebut akan dipenuhi dengan perkongsian kandungan hebat yang memberi inspirasi, serta cara yang bermakna untuk melaksanakan komitmen kami untuk membantu orang ramai hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.” 

Duta Global AIA, David Beckham berkata: “Saya sangat bangga dapat melibatkan diri dalam AIA Live bersama rakan duta AIA yang lain untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dengan masyarakat di seluruh Asia tentang bagaimana kita dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna. Kita semua menghadapi cabaran yang tidak diduga pada tahun ini, dan tiada apa yang lebih penting daripada menjaga diri sendiri dari segi mental dan juga fizikal. 

“Saya cukup bernasib baik dapat melihat sendiri transformasi kerja yang dilakukan oleh AIA di pasaran serantau untuk membantu para pelanggan dan komuniti mereka. Saya berharap orang ramai akan mendapat inspirasi untuk melakukan perubahan kecil yang akan memberikan perbezaan besar dalam kehidupan mereka, dan berharap acara ini benar-benar akan memberi motivasi kepada mereka.” 

Di Malaysia pula, duta AIA Malaysia yang baru dilantik, Datuk Nicol David akan turut menyertai barisan jemputan yang hebat ini dengan dua sesi menarik. Pertama, Nicol akan berkongsi dan bertukar pengalaman dengan Steve Hooker, bekas pemenang pingat emas Olimpik acara lompat tinggi dari Australia mengenai kehidupan selepas bersara dari sukan profesional. Jangan lepaskan peluang mengikuti sesi kedua-dua bekas atlet ini membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi apabila melangkah ke fasa kehidupan yang baru. 

Seterusnya, Nicol akan menyelami topik kekuatan mental menerusi sesi keduanya di mana beliau akan berkongsi tips tentang ‘Bagaimana untuk melatih minda anda seperti seorang profesional’ – memberi tumpuan bagaimana fokus terhadap mental telah membantu beliau bertahan mengharungi saat-saat mencabar dalam kariernya. Dari segi kecergasan pula, AIA teruja menampilkan Kevin Zahri, bapa kepada dua orang cahaya mata dan jurulatih kecergasan beriktiraf untuk membuat demonstrasi bagaimana bersenam bersama anak-anak dirumah boleh dijadikan suatu aktiviti yang menggembirakan. Kevin bersama anak perempuannya akan melakukan senaman rumah yang ringkas, berkesan dan sangat sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. 


Untuk mendaftar acara AIA Live dan maklumat lanjut, sila layari aia.com.my

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING