PENGINAPAN 5 MALAM BERHARGA RM199 DENGAN OYO ULTIMATE PASS



Berita baik bagi mereka yang merancang untuk melancong domestik di Malaysia. Mulai sekarang hingga 31 Disember 2020, anda boleh menempah penginapan di hotel-hotel OYO yang terpilih di seluruh negara pada harga RM199 untuk 5 malam dengan OYO Ultimate Pass. OYO Ultimate Pass sah untuk penginapan mulai hari ini hingga 31 Disember 2020. OYO Ultimate Pass boleh digunakan di lebih daripada 50 hotel yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia, namun angka tersebut akan meningkat apabila lebih banyak lagi hotel mengambil bahagian dalam program ini. 

Di Malaysia, OYO boleh didapati di lebih daripada 75 lokasi di seluruh negara termasuk Malaysia Timur. 

“Kesetiaan rakan-rakan kami adalah asas kejayaan kami. OYO dengan bangganya ingin menyampaikan sokongan yang sama kepada rakan-rakan hotel kami dengan menerajui usaha ke arah menggalakkan semula pelancongan domestik di negara ini. Perniagaan kecil dan sederhana seperti yang diusahakan oleh rakan-rakan kami adalah asas kepada komuniti dan usaha ini dapat membantu memulakan usaha membugarkan semula ekosistem pelancongan di Malaysia. Sebagai salah satu pemain utama industri pelancongan dan hospitaliti di Malaysia, OYO menyokong sepenuhnya kempen Cuti Cuti Malaysia dan inisiatif-inisiatif lain anjuran Tourism Malaysia serta badan-badan pelancongan negeri bagi merangsang industri pelancongan di negara ini. Kami yakin tetamu-tetamu kami, sama ada yang baru mahu pun yang tetap akan mendapati OYO Ultimate Pass menawarkan nilai terhebat untuk penginapan bersih mampu milik di seluruh Malaysia,” kata Ketua Negara Malaysia & Singapura, OYO Hotels & Homes, Tan Ming Luk. 

Bagaimana membeli dan menggunakan OYO Ultimate Pass

Untuk membeli OYO Ultimate Pass, sila pergi ke aplikasi OYO atau hubungi OYO Careline +60 12-296 8682, +60 19 328 7204 , +60 13 413 6276 & +60 14 6799 778, atau dapatkan pas berkenaan di dalam aplikasi Boost. Selepas pembelian anda selesai, anda akan menerima 5 kod baucar unik menerusi e-mel untuk menempah penginapan anda. Setiap kod melayakkan pengguna untuk menebus 1 malam penginapan.

Untuk membuat tempahan, pilih hotel dan tarikh penginapan anda. Harap maklum bahawa kod baucar tersebut hanya boleh digunakan untuk menebus bilik Standard dan Deluxe, tidak boleh digunakan untuk penginapan yang jatuh pada hari cuti umum kebangsaan seperti Hari Raya Haji, Awal Muharram, Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Maulidur Rasul, Deepavali dan Krismas. Tetamu hanya dibenarkan untuk menggunakan 1 kod baucar untuk setiap tempahan dan tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh daftar masuk. 

Seterusnya, hubungi Pusat Hubungan 24 jam OYO di 010-401 1393 dan berikan salah satu kod baucar unik OYO Ultimate Pass anda. Anda akan menerima ID Tempahan apabila tempahan anda berjaya disahkan. Gunakan ID Tempahan berkenaan untuk mendaftar masuk di hotel anda. Harap maklum bahawa pembatalan tempahan adalah tidak dibenarkan.


Dapatkan maklumat lanjut mengenai OYO Ultimate Pass dan lihat senarai terkini hotel-hotel OYO yang mengambil bahagian di https://www.oyorooms.com/my/. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!