BEST INC. LANCAR KHIDMAT PENGHANTARAN LAJU DI MALAYSIA



BEST Inc. (NYSE: BEST) ("BEST" atau "Syarikat), peneraju penyedia perkhidmatan logistik dan rangkaian penyelesaian pintar bersepadu di China, hari ini mengumumkan pengembangan operasinya di Asia Tenggara. 

BEST melancarkan perkhidmatan penghantaran ekspres di Malaysia, Kemboja dan Singapura selepas kejayaan memasuki pasaran Thailand dan Veitnam pada tahun lalu, satu lagi usaha signifikan syarikat untuk membina rangkaian logistik yang efisien dengan liputan rangkaian menyeluruh di Asia Tenggara. 

Johnny Chou, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BEST Inc. berkata: "Kami teruja untuk membina rangkaian logistik kami di Asia Tenggara, wilayah tumpuan dalam strategi global kami. Penularan wabak COVID-19 meningkat dan memperkukuhkan kehendak penggura kepada e-dagang dan membentuk potensi yang lebih besar di rantau ini. Kami yakin perkhidmatan logistik menggunakan teknologi dan pilihan penghantaran ekspres berkualiti tinggi menjadi komponen penting perkhidmatan buat para pengguna dan peniaga, semasa tempoh kritikal ini dan selepas itu." 

Berdasarkan kejayaan model aset mudah dan pengalamannya di Thailand dan Vietnam, BEST merancang mengendalikan sebanyak 12 pusat penyisihan (sortation center) dan 400 pusat perkhidmatan di Malaysia, Kemboja dan Singapura dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

Di Malaysia sahaja, BEST merancang untuk mengendalikan tujuh pusat penyisihan dan 270 pusat perkhidmatan meliputi Malaysia Barat dan Timur dalam tempoh tiga tahun. Ini termasuk melengkapkan pusat penyisihan di Kuala Lumpur dan Phnom Penh dengan peralatan automasi seperti laluan penyisihan berkelajuan tinggi dan sistem imbasan berdimensi. 

Syarikat turut melihat kepada usaha meningkatkan perkhidmatan logistik antrabangsa dengan melabur dalam penyelesaian logistik rentas sempadan merangkumi lima pasaran serantau di Asia Tenggara dan China. 

Berdasarkan kajian bersama oleh Google, Temasek dan Bain & Company, dengan pengguna internet seramai 360 juta, sektor e-dagang di Asia Tenggara dalam landasan mencapai angka US$150 bilion menjelang 2025 daripada US$38 bilion tahun 2019. Bagi memenuhi permintaan e-dagang dan keperluan pengguna yang semakin meningkat, BEST menawarkan pilihan penghantaran hari esok (next-day) untuk daerah-daerah utama di Thailand dan perkhidmatan pada hari sama (same-day) di Ho Chi Minh City dan Hanoi di Vietnam. Nilai parcel dari Asia Tenggara yang dikendalikan syarikat mencecah 8.8 juta dalam tempoh suku pertama. 

BEST turut mengintai peluang untuk menyediakan perkhidmatan tambahan di rantau ini, termasuk pengurusan penyedia rantaian, penghantaran barangan, dan pembrokeran kapasiti muatan lori, dengan rancangan untuk beroperasi di Indonesia dan Filipina dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI