KEMPEN #ECOBEAUTYSQUADMY MENCARI BAKAT BAHARU



THE FACE SHOP, jenama kecantikan terkemuka Korea, memulakan Kempen #EcoBeautySquadMY, pencarian seluruh negara untuk bintang tempatan baharu di Malaysia. Bermula 6 Julai, pertandingan ini bertujuan mencari personaliti muda yang mewakili etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama ini. 

Kempen ini menggalakkan setiap orang untuk “Berani Menjadi” atau “Dare to Be” dalam Bahasa Inggeris, dan mengkehendaki peserta untuk menyatakan apa yang dimaksudkan dengan tema tersebut, sama ada ia bermakna rasa selesa dengan diri sendiri atau yakin dengan ciri terbaik seseorang. Tanpa memerlukan pengalaman, kempen ini memberikan peluang hebat bagi insan berbakat untuk bersaing merebut pengalaman hidup yang menarik. 


“Kami adalah penyokong kecantikan dalaman dan luaran yang terhasil daripada menyantuni kulit dan planet kita dengan hormat. Di THE FACE SHOP, produk kami direka untuk penjagaan pelbagai jenis kulit dan memenuhi keperluannya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi berasaskan tumbuh-tumbuhan yang terbukti lembut serta berkesan,” kata Encik Steven Jeong, Pengarah Perniagaan LG Household & Health Care Sdn Bhd. “Dengan pencarian di seluruh negara di Malaysia dan Singapura, kami ingin mencari bakat baharu yang berkongsi falsafah kami dan menghayati pendekatan bersih, sederhana dan semula jadi yang didukung oleh THE FACE SHOP. Kami berharap dapat membentuk mereka menjadi bintang besar media sosial yang seterusnya.” 

Pemohon pencarian #EcoBeautySquad dikehendaki menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka, menunjukkan kekuatan dalaman dan keinginan mereka untuk menjadi pencetus trend yang berani. Pemenang #EcoBeautySquad Malaysia akan menerima pakej Hadiah Utama yang komprehensif termasuk kontrak 12 bulan dengan THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan dan banyak hadiah lagi, yang jumlahnya bernilai sehingga RM20,000. 

Pemohon akan melalui beberapa pusingan penyingkiran maya. Pada peringkat awal, 100 peserta yang disenarai berpeluang untuk menghadiri bengkel maya bersiri yang pertama di Malaysia, dimulakan dengan kursus pengenalan, diikuti dengan tiga sesi bertema. 

Bengkel ini akan diketuai oleh mentor dan personaliti media sosial popular Venice Min, seorang wanita muda berbakat besar yang berlatih sebagai penari balet sebelum beralih ke bidang peragaan dan lakonan. Hari ini, beliau juga seorang usahawan dan penyokong pemerkasaan wanita dan sangat percaya bahawa kerja keras serta peningkatan diri yang berterusan adalah kunci kejayaan. 

Dalam bengkel maya ini, beliau akan membimbing peserta mengenai teknik dan strategi untuk berjaya dalam dunia digital. Setiap bengkel akan fokus pada topik tertentu, diiringi dengan cabaran penyingkiran untuk mengenal pasti mereka yang akan melangkah ke peringkat seterusnya. Selain itu, tiga pemenang cabaran yang terbaik dari setiap bengkel akan menerima hadiah menarik. 

Pada penghujung bengkel, sepuluh (10) finalis akan dipilih untuk menyertai acara finale seharian yang akan diakhiri dengan pengumuman pemenang Hadiah Utama. Tarikh tutup penghantaran penyertaan: 10 Ogos 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai THE FACE SHOP serta terma dan syarat Kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi www.thefaceshop.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi di www.facebook.com/thefaceshopmalaysia & www.instagram.com/thefaceshopmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO