PROMOSI MAKAN MALAM TIKI BBQ SEAFOOD @ KONTIKI RESTAURANT



Berita baik buat penggemar makanan bakar BBQ! Restoran kegemaran ramai Kontiki Restaurant @ The Federal Kuala Lumpur telah membuka pintunya semula setelah ditutup dalam tempoh PKP baru-baru ini. 


Sempena pembukaan semula, Kontiki Restaurant menyediakan pelbagai promosi makanan termasuk Tiki BBQ Seafood Dinner yang menampilkan sensasi kulinari makanan laut bakar ala Timur dan Barat serta hidangan pemanis mulut yang meliurkan! 




Nikmati hidangan yang dibakar sempurna oleh chef-chef berpengalaman dari dapur Kontiki di Cylinder BBQ Section yang menampilkan pilihan daging lembu, kutlet kambing, sosej enak, kepak ayam bakar, makanan laut bakar seperti udang ketak (slipper lobser), sotong, udang harimau, ketam bunga, tiram, sushi dan banyak lagi! 







Antara hidangan yang harus dicuba adalah sate, rusuk kambung, Beef Wellington; ikan salmon bakar; dengan sos pudina, cendawan, lada hitam, rosemary, krim herba putih dan BBQ.


Lengkapkan hidangan anda dengan pelbagai pemanis mulut seperti pastri mini Perancis, puding mangga, agar-agar; chocolate éclair dan banyak lagi. 


Selaras dengan panduan SOP yang digariskan oleh kerajaan, Kontiki @ The Federal Kuala Lumpur juga mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para tetamu dan juga warga kerja di norma baharu. 


Kapasiti meja telah dikurangkan untuk mengekalkan penjarakan social sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara satu sama lain. Pelayan-pelayan juga akan mengekalkan penjarakan social dan memakai pakaian pelindung/ pelitup muka mengikut SOP kerajaan. Pelayan-pelayan akan membawakan hidangan yang terpilih ke meja tetamu dan penyediaan makanan akan dipantau mengikut piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh kerajaan. Tetamu yang hadir dikehendaki memakai pelitup muka ketika mengambil makanan.



Tiki BBQ Seafood Dinner 

Setiap Jumaat dan Sabtu, jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam 

Harga: 
RM138 nett/dewasa 
RM69 nett/warga emas 
RM49 nett/kanak-kanak 

Buat tempahan sekarang di +603-21489166 ext 2239. 

Hidangan bawa-pulang, pandu-lalu dan penghantaran juga boleh didapati di Kontiki Restaurant. Sila hubungi talian 603-21489166 untuk menempah meja atau Whatsapp di talian +6012 3169279 atau +6012 3775051. 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA