FAI RAMLI BERDRAMA DALAM LAGU SULUNG ‘CINTAMU KEKUATANKU’



Muhammad Faizal Bin Ramli atau lebih dikenali dengan nama Fai Ramli, berumur 27 tahun adalah nama baru dalam industri muzik tanahair. Beliau sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana acara pertandingan menyanyi dan belum pernah keluar di kaca televisyen.



Namun begitu, dalam tempoh 5 minit suara lunak Fai berjaya menarik minat Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim untuk menawarkan kontrak rakaman kepada beliau. 


Percubaan pertamanya untuk menjejakkan kaki didalam industri muzik adalah dengan berbekalkan lagu bertajuk “Cintamu Kekuantanku” yang dicipta oleh Neo dan diterbitkan oleh Bajai. “Cintamu Kekuatanku” menceritakan tentang erti percintaan sebenar yang menjadi pemangkin atau kekuatan dalam sesebuah perhubungan. 

Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music. Di dalam video ini diandaikan tentang sebuah pasangan bahagia yang mula jatuh cinta dari seusia muda hingga berjaya ke ambang perkahwinan. 


Namun rahsia yang tersirat dan pengorbanan mereka menempuhi dugaan jugalah yang memberi kekuatan demi meneruskan kehidupan. Lagu ini juga berjaya menonjolkan kelainan dan keunikan suara Fai Ramli. 

Kenyataan ini disokong kuat oleh Dato’ Norman sendiri, “Lagu ini sememangnya dicipta khas untuk Fai bersesuaian dengan “vocal range” beliau. Dengan bakat yang ada, saya berharap Fai akan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyipenyanyi hebat tanahair. Lagu ini juga amat dramatik dan sesuai jika dijadikan lagu tema bagi drama bersiri.” 

Lagu “Cintamu Kekuatanku” boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian.


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA