SUNWAY LANCARKAN KEMPEN “KE SANA KE SINI KE SUNWAY”



Susulan pengumuman pembukaan kebanyakan sektor, Sunway mengumumkan pelancaran kempen “Ke Sana Ke Sini Ke Sunway” bermula 6 Julai 2020 sebagai satu inisiatif untuk merangsang pelancongan domestik. 

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway HC Chan berkata, “Malaysia berada di dalam keadaan baik terutamanya disebabkan usaha-usaha membendung oleh semua rakyat Malaysia ke atas pandemik COVID-19. 

“Bagi menggalakkan pelancongan domestik, Sunway menawarkan Ke Sana Ke Sini Ke Sunway, sebuah pakej menarik untuk rehat dan penyegaran yang amat diperlukan di Sunway City Kuala Lumpur. Sebagai pemain utama di dalam industri pelancongan, kita juga perlu memainkan peranan di dalam menghidupkan kembali pelancongan di dalam negara ini. 

“Pakej yang sangat menarik untuk rakyat tempatan, juga seiring dengan usaha kerajaan merangsang pelancongan dengan pengumuman pengecualian cukai RM1,000 bagi pelancongan domestik. Ramai akan dapat menikmati percutian menyeronokkan dan nilai untuk wang bersama keluarga dan kawan-kawan di Amazing Sunway City Kuala Lumpur.” 

Kempen ini memaparkan pakej pelancongan eksklusif yang terhad bilangannya pada harga hebat 70% lebih rendah daripada nilai sebenarnya di Sunway City Kuala Lumpur yang diiktiraf antarabangsa. 

Pada kadar RM499, pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway termasuk penginapan dua malam di Sunway Pyramid Hotel untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, tiket masuk ke Sunway Lagoon untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, dan jamuan alu-aluan dan baucar Aktiviti Seronok Keluarga bernilai RM200 dari Sunway Pyramid. Nilai sebenar pakej tersebut adalah RM1,599. Para pelanggan boleh memberi pakej ini dari 6 hingga 20 Julai 2020 dan menggunakan pakej ini untuk melawat Sunway City Kuala Lumpur dari 7 Julai hingga 31 Oktober 2020. 

Pelancaran kempen ini tepat pada masanya dengan Taman Tema Sunway Lagoon akan beroperasi penuh dan membuka pintu kepada orang ramai pada 4 Julai. 

Kerajaan membenarkan pergerakan antara negeri semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun dan 31 Ogos. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway, sila log masuk ke https://www.sunway.city/kesanakesini.



Utamakan Keselamatan 

Dengan perniagaan-perniagaan dibuka selepas semasa PKPP, Sunway turut meletakkan soal kebersihan dan keselamatan sebagai keutamaan besar dan melaksanakan langkah-langkah ketat di premis-premis untuk melindungi kakitangan, pelawat dan masyarakat. 

Semua premis Sunway termasuk Sunway Pyramid Mall, Sunway Pyramid Hotel dan Taman Tema Sunway Lagoon yang terletak di bandar Sunway City Kuala Lumpur melaksanakan amalan dan dasar keselamatan dan kebersihan yang ketat. 

Protokol yang ada adalah seiring dengan saranan Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 


Beli-belah Dengan Selamat di Pusat Beli-belah Sunway 

Sejajar dengan motto Pusat Beli-belah Sunway “Ruang Selamat Anda, Ruang Selamat Kami”, langkah-langkah tegas telah dilaksanakan di semua tujuh pusat beli-belahnya di seluruh negara. Penjarakan sosial dikuatkuasakan, pemeriksaan kerap dilakukan dan semua kakitangan serta pekedai telah menjalani pendidikan holistik dan latihan bagi peningkatan langkah-langkah kebersihan diri. 

Pembersihan berjadual dan pemeriksaan keselamatan dan penyaringan dipertingkatkan akan dilaksanakan. Lebih daripada 82 langkah diambil sebagai `kebiasaan baharu’ bagi semua pusat beli-belahnya. 

Stesen sanitasi ditempatkan di pelbagai kawasan di sekitar pusat beli-belah dan semua tempat kerap disentuh seperti besi penghadang, butang lif dan tombol pintu dibersihkan setiap 45 minit bagi mengelak kuman dan bakteria daripada merebak. 

Bagi memastikan kawasan permainan dan semua kemudahan mesra kanak-kanak bebas kuman, semua permukaan di ruang khusus disalut menggunaan Teknologi Salutan Smartcoat Nano. Ia adalah salut berasaskan air yang mesra alam sekitar untuk membunuh virus, bakteria, kulat daripada tumbuh selain meningkatkan kualiti udara di dalam bangunan. Peringatan mesra diletakkan di seluruh pusat beli-belah dengan pegawai penjarakan sosial dan duta perkhidmatan pelanggan bagi menggalakkan pelanggan mengamalkan kebersihan diri dan penjarakan sosial semasa di dalam bangunan. 

Bermain dengan selamat di Taman Tema Sunway 

Sejak Januari tahun ini, Taman Tema Sunway telah meningkatkan langkah-langkah pencegahan bagi memerangi COVID-19. Semua kakitangannya mengisi borang perisytiharan diri secara digital setiap hari, diambil suhu badan dan memakai pelitup muka sepanjang masa. 

Untuk keselamatan pelawat, pembelian tiket taman tema secara dalam talian adalah digalakkan. Cecair sanitasi tangan terdapat di seluruh taman, termasuk sebelum dan selepas sesi pelawat memberi makanan kepada haiwan di Sunway Lagoon Wildlife Park dan Lost World of Tambun Petting Zoo. Semasa memasuki taman tema, tetamu mesti dinyahkuman di dewan penyahkuman. Di tempat tarikan taman air, ujian air secara konsisten dilakukan bagi memastikan kebersihan. Dengan mengamalkan “kebiasaan baharu”, semua kawasan beratur dan tempat duduk serta tempat jualan makanan akan ditandakan bagi memastikan ada penjarakan sosial. Semua kawasan sentuhan tinggi akan disanitasi setiap dua jam, manakala tempat permainan taman tema disanitasi setiap kali digunakan. Taman Tema Sunway Lagoon akan secara rasmi membuka semua taman temanya bermula 4 Julai ini. 

Penginapan Selamat di Sunway Hotels & Resorts 

Sunway Hotels & Resorts telah melaksanakan program “Penginapan Selamat Sunway” dengan hampir 30 langkah keselamatan tertumpu kepada meningkatkan amalan kebersihan hotel, interaksi sosial dan protoko tempat kerja bagi mengelakkan penyebaran Covid-19. 

Semua kakitangan hotel dikehendaki memakai pelitup muka dan mereka yang mengendalikan penghantaran beg dan penyediaan makanan, mesti memakai sarung tangan. Penjarakan sosial diamalkan sepanjang masa; misalnya kawasan beratur seperti di meja hadapan, concierge, tempat makanan dan minuman, kaunter juruwang dan elevator tetamu ditandakan. 

Di kawasan awam di sekitar hotel, perabot disusun semula bagi mengekalkan penjarakan sosial. Terdapat juga kekerapan pembersihan kawasan awam, terutama tempat sentuhan tinggi dan kenderaan tetamu hotel bagi perkhidmatan chauffeuring, menggunakan bahan nyahkuman bergred perubatan. 

Untuk setiap bilik, satu pemberitahuan pada pintu hadapan untuk memaklumkan tetamu bahawa pembersihan ketat dan sanitisasi telah dilakukan, dengan fokus ke atas 10 kawasan sentuhan tinggi di dalam bilik. Kad kunci bilik tetam akan dinyahkuman sebelum dan selepas digunakan. Atas faktor keselamatan, tetamu boleh memilih untuk tidak membenarkan mana-mana kakitangan hotel daripada memasuki bilik mereka sepanjang penginapan mereka. 

Peringatan kesihatan dan kebersihan badan akan ditempatkan di seluruh premis. Peringatan itu termasuk kaedah betul untuk memakai, mengendali dan membuang pelitup muka.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI