KEENAKAN CITARASA BURGER CICAH CALIFORNIA KINI DI MALAYSIA



Citarasa istimewa burger cicah California kini boleh didapati di Malaysia, dibawa oleh Pasadena Burger buat kali pertama. Perkhidmatan penghantaran  burger premium burger yang baru dilancarkan ini menggandingkan citarasa tradisional Amerika dan keju yang digemari dengan sentuhan Malaysia.


Diinspirasi oleh bandaraya Pasadena di California, tempat asal keju burger yang pertama di dunia, Pasadena Burger menyasarkan penggemar citarasa istimewa burger goumet klasik ini.


Perkhidmatan penghantaran online burger ini menawarkan ramuan berkualiti premium seperti daging Australia gred premium, keju cheddar, roti ala muffin dengan tiga jenis sos cicah berkeju - Honey Cheese, Cajun Spicy Cheese dan Habanero Southern Californian Cheese.


Pasadena Burger boleh didapati melalui sistem penghantaran kit di rumah berevolusi, kit hidangan Do-It-Yourself (DIY) dengan pilihan dua, empat, enam atau lapan burger. Pelanggan berpeluang untuk memilih dan menempah pelbagai sos cicah untuk dihantarkan untuk dimasak di rumah mereka. Semua ramuan dan bahan perisa dibungkus dalam bungkusan kedap udara dan ais kering untuk mengekalkan kesegaran daging lembu Australia. Kepada yang inginkan burger yang sedia untuk dimakan, dapur Pasadena Burger juga menyediakan khidmat penghantaran.


Kit hidangan Pasadena Burger adalah sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan, sama ada pasangan, keluarga, atau sekumpulan rakan-rakan yang idamkan keenakan burger cicah  premium untuk dinikmati di rumah. Pasadena Burger dijual dengan harga RM 24.50 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari http://pasadenaburger.com. 

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN