MANDUL BUKAN PILIHAN: BILA CINTA TERUJI OLEH TAKDIR


Astro membuka tirai kempen Home of Drama dengan sebuah naskhah berat dan menyentuh jiwa — Mandul Bukan Pilihan, sebuah kisah yang mengupas isu infertiliti dalam rumah tangga muda. Ditulis oleh penulis skrip terkenal Indonesia, Oka Aurora, dan diarahkan oleh pengarah prolifik Osman Ali, drama ini menyorot stigma masyarakat terhadap wanita dan tekanan emosi dalam perkahwinan tanpa zuriat.

Mira Filzah dan Hun Haqeem

Berlatarkan perjanjian RM1 juta yang bakal menjadi titik tolak sebuah hubungan, Aldi dan Billa berusaha mempertahankan cinta mereka walau dilanda badai. Bila Billa disahkan menghidap kanser dan peluang untuk memiliki anak kian pudar, dia mengambil langkah berani dengan melibatkan Farah — adik angkatnya yang punya niat tersendiri. Ketegangan mula memuncak apabila Ben, sahabat lama Billa yang kini bergelar doktor, menjadi tempat dia bergantung emosi.

 Ashraf Muslim dan Ayda Jebat

Dibintangi Mira Filzah, Hun Haqeem, Ayda Jebat dan Ashraf Muslim, serta runut bunyi indah daripada Misha Omar, Hael Husaini dan Nadeera Zaini, drama ini bukan sahaja menyentuh hati, malah membuka ruang refleksi terhadap makna kesetiaan, pengorbanan dan erti sebenar keluarga.


Tarikh Tayangan: Bermula 14 Julai 2025
Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam
Saluran: Astro Ria (saluran 104)
Platform Penstriman: Astro GO & sooka

Drama ini membuka tirai Home of Drama Astro, yang bakal diteruskan dengan pelbagai karya menarik lain hingga hujung tahun — termasuk Rumah Tanpa Luka, Generasi Perfect 10, Jutawan Ekspres, Bride From The Past dan banyak lagi.

Untuk mengikuti kempen ini, langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Hiburan untuk pengalaman penstriman yang lebih lancar, pada RM139.99/sebulan.

Maklumat lanjut & langganan:
πŸ“± WhatsApp ke 03-9543 3838

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025