KEDAI EMAS SRI SEMANTAN SASAR 30 CAWANGAN MENJELANG HUJUNG 2026, RASMI CAWANGAN KE-23 DI WANGSA MAJU
Kedai Emas Sri Semantan terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri barangan kemas tempatan menerusi pembukaan cawangan baharunya yang ke-23 di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Langkah ekspansi ini menjadi manifestasi komitmen syarikat dalam menyediakan akses simpanan emas yang lebih meluas kepada masyarakat.
Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafizal Bin Haji Mahmood berkata, kejayaan melangkah ke separuh kedua tahun 2026 dengan prestasi cemerlang memberi dorongan kukuh kepada syarikat. Pihaknya kekal optimis untuk mencapai sasaran pembukaan sekurang-kurangnya 30 buah cawangan di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.
Mengulas mengenai peranan emas, beliau menjelaskan bahawa instrumen itu bukan sekadar barang perhiasan, sebaliknya berfungsi sebagai pelindung nilai harta yang berkesan dan patuh syariah di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi moden. Kesedaran masyarakat terhadap simpanan emas juga semakin meningkat, terutamanya bagi tujuan diversifikasi aset, simpanan jangka panjang, dana pendidikan, mahupun tabung kecemasan yang mudah dicairkan sewaktu keadaan mendesak.
![]() |
| Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafizal Bin Haji Mahmood |
Dalam pada itu, Mohamad Hafizal menegaskan komitmen Emas Sri Semantan untuk memacu ekonomi rakyat Malaysia, khususnya golongan Bumiputera. Syarikat berazam untuk memperkukuh jenamanya sebagai 'Syurga Emas Preloved Nombor Satu di Malaysia' menerusi penawaran produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan mesra pelanggan.
Beliau turut menzahirkan rasa terharu dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja, ahli, serta pelanggan setia yang terus memberi kepercayaan mendalam kepada Emas Sri Semantan sejak awal penubuhannya sehingga mampu berdiri teguh dalam industri. Beliau menyeru semua pihak agar berterusan menyebarkan kesedaran tentang kebaikan simpanan emas demi kestabilan kewangan masa depan.
Dalam majlis yang sama, memorandum Persefahaman (MOU) antara Pertubuhan Ibu Bapa Anak-Anak Istimewa Malaysia (PRISMA) dan Kedai Emas Sri Semantan (KESS) turut dimeterai bagi menjalin kerjasama strategik melaksanakan program CSR yang memberi manfaat kepada keluarga, komuniti dan anak-anak istimewa di seluruh Malaysia.
PRISMA akan menyelaras program, mengenal pasti penerima bantuan serta menyediakan laporan, manakala KESS menyalurkan dana CSR dan sokongan strategik. MOU ini sah selama tiga tahun dan menyokong agenda masyarakat inklusif selaras aspirasi Malaysia MADANI.
MOU ini ditandatangani oleh Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif KESS, Mohamad Hafizal Bin Haji Mahmood dan Pengasas PRISMA, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment