KUMPULAN LEGENDA TOTO BAKAL BAKAL BAWAKAN DOGZ OF OZ TOUR KE MALAYSIA


Peminat muzik rock legenda, bersedialah! Kumpulan rock ikonik dari Amerika Syarikat, Toto, bakal menggegarkan Malaysia dalam konsert "Toto Dogz of Oz Tour". Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 1 Mei 2025 (Khamis), jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Mengimbau Kenangan Bersama Lagu-Lagu Hit Toto

Bagi anda yang membesar dengan lagu-lagu hit Toto seperti "Africa", "Rosanna", "I'll Be Over You", dan "Hold The Line", inilah peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan mereka secara langsung! Kumpulan yang telah memenangi enam trofi Grammy Awards ini menjanjikan malam yang penuh dengan nostalgia dan tenaga rock yang membara.
Barisan Pemuzik Hebat Menghangatkan Pentas

Toto yang kini dianggotai oleh Steve Lukather (gitar, penyanyi) dan Joseph Williams (penyanyi) akan turut disertai oleh pemuzik-pemuzik handalan seperti Greg Phillinganes (keyboard, penyanyi), Shannon Forrest (dram), John Pierce (bass), Warren Ham (seksofon, perkusi, penyanyi) dan Dennis Atlas (keyboard, penyanyi).

Fenomena Muzik Toto Yang Kekal Relevan

Walaupun ditubuhkan pada tahun 1977, Toto terus kekal relevan dalam industri muzik yang sentiasa berubah. Lagu-lagu mereka terus mendapat tempat di hati peminat dari pelbagai generasi, dengan jumlah penstriman yang mencecah berbilion-bilion di platform digital.

Jangan Lepaskan Peluang! Dapatkan Tiket Anda Sekarang!


Tiket untuk konsert "Toto Dogz of Oz Tour" akan mula dijual pada 21 Mac 2025 (Jumaat), jam 12 tengah hari di rwgenting.com. Berikut adalah harga tiket yang ditawarkan:
  • RM988 (VIP)
  • RM788 (PS1)
  • RM588 (PS2)
  • RM388 (PS3)
  • RM188 (PS4)
(Harga tiket tertakluk kepada caj pemprosesan RM4)

Konsert "Toto Dogz of Oz Tour" ini dibawakan kepada anda oleh UnUsUaL Entertainment dan disokong oleh KXL Crossover. Resorts World Genting adalah lokasi acara rasmi dan Lite FM sebagai rakan media rasmi. Dapatkan tiket anda di: rwgenting.com

Untuk maklumat lanjut tentang Toto, sila layari totoofficial.com.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL