ROCKETFUEL TERUS MENGORAK LANGKAH KE PASARAN BARU



Syarikat pengurusan bakat Astro, Rocketfuel Entertainment terus mengorak langkah dalam meluaskan agensi pemasaran bakat, syarikat rakaman serta kandungan digital mereka ke pasaran baru. Syarikat hiburan tersebut yakin dengan perkembangan ini untuk meneroka alam baru.

“Bakat-bakat serta rancangan-rancangan kami telah membuktikan kehebatannya di rantau Asia Pasifik. Dunia dilihat sudah semakin kecil dengan adanya internet hingga membuatkan hiburan digital menjadi tiada batasan,” jelas Murali ‘Moots’ Marimuthu, Admiral di Rocketfuel. 

Rocketfuel, syarikat rakaman independen nombor satu di Malaysia, menguatkan lagi barisan bintang mereka dengan menandatangani Ash Stymest. Berpengkalan di Los Angeles, bintang kelahiran UK ini sudah terbabit dalam pelbagai projek sebagai model, pelakon dan kini sedang berjinak-jinak dengan dunia muzik. Ash baru sahaja menandatangani perjanjian global bersama Interscope Records North America (Eminem, Blackpink, Selena Gomez) dan Universal International dengan EP pertama yang bakal dilancarkan dalam bulan-bulan yang mendatang. 

Di Malaysia, Rocketfuel berbangga untuk mengumumkan bahawa bakat muzik mereka berjaya mencatatkan rekod sebanyak 20 Platinum, satu daripada label paling berjaya di Malaysia yang mampu mencapai tahap sedemikian kurang daripada dua tahun. *(Status Platinum diberikan kepada lagu dengan jumlah jualan sebanyak 200,000 unit ke atas) 

Chaleeda Gilbert, bintang antarabangsa Rocketfuel pertama sedang menikmati kejayaan hebat dalam kerjaya muzik serta lakonannya “Kami bangga untuk mengumumkan bahawa Chaleeda telah dipilih untuk membintangi sebuah siri Netflix Original berjudul The Stranded, arahan Jim-Sophon Sakdaphisit (The Promise, Shutter), dan diterbitkan oleh calon Oscar Gary Levinhson (12 Monkeys, Saving Private Ryan),” tambah Murali. 

Mengenai jaringan kandungan Rocketfuel,16 Baris bakal berkembang dari Malaysia ke Thailand. 16 Baris* Thailand atau Sip Hok Bar akan dihoskan oleh bintang hebat dari Thailand Daboyway dan DJAY Buddah dari Thaitanium akan menampilkan 45 penyanyi rap terunggul Thailand. 

*16 Baris merupakan projek kolaborasi yang dibangunkan oleh Rocketfuel Entertainment dan Kartel Records dan dihoskan oleh Joe Flizzow dan DJ Cza. 

“Bercakap tentang perkembangan antarabangsa, bintang tempatan kita sendiri Masya Masyitah akan ke China untuk mengambil bahagian dalam rancangan realiti popular anjuran Tencent Media berjudul, The Coming One (S3). Kami sangat bangga dengan Masya yang juga baru-baru ini terlibat dalam ulangtahun ke-45 kempen Hubungan Diplomatik MalaysiaChina, yang dianjurkan oleh Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia.” 

Dari sudut perniagaan Murali menjelaskan, “Tujuan Rocketfuel adalah untuk mengubah cara tradisional melaksanakan sesuatu dan nampaknya ia berhasil. Kekuatan kami dalam pasaran ‘influencer’ tidak dapat ditandingi, berkat kerjasama dengan jenama tersohor bersama bakat yang sesuai serta relevan memberi peluang kepada kami untuk mencungkil bakat baru dan menerbitkan kandungan yang boleh dieksport ke luar rantau.” 

Rocketfuel juga telah mengembangkan senarai bakat dan menceburi bidang e-sukan dan berkolaborasi dengan program pencipta permainan Facebook di mana Rocketfuel mengurus 68 bakat e-sukan untuk menerbitkan kandungan di Facebook dan menyertai program e-sukan di saluran eGG Astro. 

Untuk keterangan lanjut tentang Rocketfuel Entertainment, layari http://www.rocketfuelent.com/ atau di Facebook dan Instagram.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA