MALAM INI GUA ROCK: HARLEY DAVIDSON JADI HADIAH EKSKLUSIF KONSERT DATO’ M. N46IR CIPTA 3


Trilogi yang dinanti-nantikan peminat akhirnya lengkap. DATO’ M. N46IR CIPTA 3 secara rasmi diumumkan akan berlangsung pada 27 September 2025, pukul 8 malam di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Bersiap sedia kerana malam itu bukan sekadar konsert biasa — ia adalah malam penuh legenda, nostalgia dan tenaga rock yang akan menggegar pentas bersama ribuan peminat setia.

Rock Cara Lu… Janji Rock

Tema konsert kali ini membawa semangat “Malam Ini Gua Rock” yang cukup sinonim dengan era muzik M. Nasir yang penuh revolusi dan jiwa. Peminat digalakkan hadir dengan gaya tersendiri — ekspresi bebas yang mentafsirkan semangat rock masing-masing. Tidak ada satu cara untuk ber-rock, asalkan hati ikhlas dan jiwa membara.

Dan seperti biasa, Dato’ tidak datang kosong. Bersama Etiqa sebagai rakan strategik utama dan Harley-Davidson, malam itu akan mencipta sejarah tersendiri dengan satu kejutan epik — sebuah motosikal Harley-Davidson Softail STD FXST bernilai RM114,000 lengkap dengan perlindungan insurans dari Etiqa akan dihadiahkan kepada seorang penonton bertuah.


Kerjasama Yang Bikin Malam Lebih Panas

Kerjasama antara Dato’, Icon Entertainment, Harley-Davidson dan Etiqa bukan sahaja membawa aura berprestij ke malam itu, malah mencetuskan fenomena rock yang moden dan bertenaga. Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, hanya pembeli tiket dari mana-mana kategori yang layak menyertai cabutan bertuah tersebut.

Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans & Takaful turut berkongsi keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada konsert ini. Menerusi aplikasi Etiqa+, peminat mendapat akses awal kepada tiket pra-jualan bermula 3 Julai 2025 selama 24 jam. Jika terlepas, jangan risau — ada lebih banyak peluang menerusi kempen digital khas dari Etiqa.

Semua maklumat lanjut termasuk tatacara cabutan boleh dirujuk di Instagram @Iconentertainmentmy dan @datomnasircipta.

Malam 27 September nanti bukan sekadar menyaksikan persembahan hebat — ia adalah malam yang bakal diingati sebagai penutup trilogi penuh sejarah. Kalau anda peminat tegar M. Nasir atau sekadar ingin merasai kehangatan pentas rock sebenar, konsert ini adalah tempatnya. Jangan ketinggalan untuk jadi sebahagian daripada malam yang akan dikenang selamanya

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN