HUAWEI MATEPAD AIR BAWA PENGALAMAN AI SEAKAN PC DENGAN HARGA RM3,999
HUAWEI secara rasmi telah melancarkan HUAWEI MatePad Air terbaharu di Malaysia, memperkenalkan tablet yang direka khusus untuk memenuhi keperluan pengguna moden. Digelar sebagai tablet AI ultra-nipis dengan keupayaan seakan PC, MatePad Air menawarkan pendekatan baharu terhadap produktiviti lancar, pengalaman pintar dan kepelbagaian penggunaan harian.
Dengan ketebalan hanya 5.3mm dan berat 509g, HUAWEI MatePad Air direka untuk bergerak bersama anda – sama ada bekerja di meja, bersantai di kafe, menghadiri mesyuarat atau ketika berulang-alik. Ditawarkan dalam warna Airy Blue, White dan Sakura Pink, tablet ini menggabungkan profil minimalis dengan pilihan warna segar yang mencerminkan gaya hidup pelbagai pengguna.
Produktiviti menjadi lebih pintar dengan HUAWEI MatePad Air melalui aplikasi WPS Office setaraf PC yang kini dipertingkatkan dengan WPS AI. Direka untuk memudahkan aliran kerja harian, WPS AI mampu menjana slaid pembentangan, menghasilkan draf dokumen, memperhalusi penulisan, meringkaskan PDF panjang serta menganalisis lembaran data – membantu pengguna menukar idea kepada hasil yang lebih kemas dengan lebih mudah dan efisien.
Daripada kuliah hingga ulang kaji saat akhir, mesyuarat mahupun perbincangan, aplikasi HUAWEI Notes membolehkan pengguna memberi tumpuan kepada perkara penting tanpa terbeban mengurus maklumat. Fungsi AI Speech-to-Text merakam dan menyalin semula kuliah serta mesyuarat, memudahkan rujukan semula isi penting. Sementara itu, AI Handwriting Enhancement menjadikan nota lebih jelas dan mudah dibaca. Pengguna juga boleh menambah catatan pada fail PDF, manakala AI Tutor menyediakan penerangan langkah demi langkah merentasi subjek seperti kimia, ekonomi, biologi dan fizik.
Paparan 12-inci 2.8K Ultra-Clear OLED PaperMatte Display menjadikan kandungan lebih hidup. Dengan nisbah skrin-ke-badan 92%, bezel ultra-nipis 4.69mm serta rekaan FullView tanpa takuk, pengguna menikmati pandangan lebih imersif, disokong kecerahan sehingga 1,200 nits untuk visual yang jelas dan berwarna-warni. Kemasan PaperMatte turut mengurangkan silau dan pantulan, memberikan pengalaman tontonan selesa seakan kertas.
HUAWEI M-Pencil Pro pula melangkaui fungsi stylus tradisional dengan gerakan intuitif untuk kawalan lebih fleksibel. Sokongan untuk gerakan cubit, tekan dan putar membolehkan interaksi lebih semula jadi, manakala tahap sensitiviti tekanan sebanyak 16,384 memberikan ketepatan tinggi dalam penulisan dan lukisan. Fungsi Swipe to Turn Pages memudahkan navigasi dokumen, manakala Air Mouse membolehkan kawalan pembentangan dari jauh dengan lebih lancar.
Kesemua ini digerakkan oleh kuasa besar cip Kirin T93C octa-core bersama sokongan sehingga 8GB memori maya, memastikan multitugas berjalan lancar. Bateri 10,100 mAh dengan 66W HUAWEI SuperCharge pula memberikan ketahanan sepanjang hari. Diperkasa dengan keupayaan AI terkini, MatePad Air bersedia untuk menyokong kerja, kreativiti dan hiburan di mana sahaja anda berada.
Lebih daripada sekadar tablet ringan, HUAWEI MatePad Air menggabungkan reka bentuk teliti, ciri pintar dan ekosistem terhubung yang dibina untuk gaya hidup moden – membantu pengguna bergerak lancar antara kerja, kreativiti dan detik harian.
Ditawarkan pada harga RM3,999, HUAWEI MatePad Air kini rasmi tersedia di Malaysia. Pelanggan boleh menikmati manfaat pelancaran bernilai sehingga RM4,503, termasuk rebat RM500, HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Wireless Mouse, WPS Office berkuasa AI dengan langganan WPS AI selama setahun, HUAWEI Notes berkuasa AI, serta HUAWEI Premium Service. HUAWEI MatePad Air boleh didapati di HUAWEI Experience Store serta saluran dalam talian rasmi HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, dan HUAWEI Official TikTok Shop.
Tandakan kalendar anda untuk acara pelancaran rasmi ini dan ikuti perkembangan terkini menerusi HUAWEI Official Website, laman Facebook dan Instagram.
.jpg)
.jpg)
%20(1).jpg)
%20(Custom).jpg)
Comments
Post a Comment