LOMO PICTURES BAKAL TAMPILKAN SIRI DRAMA TAHUN BAHARU CINA "NEW YEAR RENDEZVOUS" DI ASTRO SHUANG XING


Tahniah kami ucapkan kepada Lomo Pictures yang menyambut ulang tahun ke-6 penubuhannya baru-baru ini. Hasil titik peluh Penerbit Aron Koh dan Pengarah Ryon Lee pada 2016, syarikat pembikinan filem yang terkenal di Malaysia telah menghasilkan banyak filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya memikat hati ramai penonton. 


Antara filem popular yang dihasilkan oleh Lomo Pictures adalah "Haunted Hotel", "A House of Happiness", "A Journey of Happiness", "A Moment of Happiness", "Small Town Heroes", dan juga sebuah filem Melayu tempatan "Gila Gusti".


Sebuah majlis perhargaan kepada para wakil media, artis dan juga krew filem telah diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-6 Lomo Pictures. Dalam majlis yang sama, Pengarah Ryon turut memperkenalkan siri drama Tahun Bahru Cina Premium Astro yang telah menamatkan penggambarannya. 


Siri drama eksklusif "New Year Rendezvouz" diterbitkan khas buat Astro Shuang Xing (saluran 307) untuk disiarkan menjelang Tahun Baharu Cina. Ia juga merupakan kali pertama Pengarah Ryon menghasilkan siri drama.




Siri drama 12 episod yang dipenuhi dengan gelak tawa dan juga air mata ini dibintangi oleh Jazz, Catz Teh, Lyn, Wan Wai Fun, Eric, Olio, Ribbon, Zhang ShaoLin dan ramai lagi.


Selain daripada siri "New Year Rendezvous", Lomo Pictures turut mengumumkan filem terbaharu, "Little Sunshine" terbitan Aron Koh dan diarahkan oleh Tai Min Hwee. File mini dijangka akan ditayangkan pada 19 Januari tahun depan!

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL