#SWISHAWAYSENSITIVITY DENGAN LISTERINE® TOTAL CARE SENSITIVE BAHARU


Gigi sensitif sering dikaitkan dengan rasa yang tidak selesa apabila mengambil makanan dan minuman sejuk atau panas seperti Ais Kacang, ais krim dan kopi yang panas ataupun minuman sejuk. Sekiranya lawatan anda bersama doktor gigi tidak menunjukkan sebarang kerosakan gigi ataupun keretakan, anda mungkin mengalami kehiperpekaan dentin, keadaan yang menyebabkan rasa sensitif yang tajam disebabkan gigi terdedah kepada rangsangan luaran.

Dengan inovasi lebih 100 tahun dalam penjagaan kesihatan mulut, Listerine® telah mereka formulasi unik yang terbukti secara klinikal untuk memberikan perlindungan sepanjang hari terhadap gigi yang sensitif*. Kalium nitrat adalah bahan dalam Listerine® Total Care Sensitive, yang merupakan agen penyahpekaan aktif khas untuk menentang kesensitifan apabila gigi menerima stimulus luaran seperti dari makanan dan minuman panas ataupun sejuk.

Fluorida, bahan utama lain dalam perlindungan kaviti, membantu mencegah hakisan enamel gigi sekali gus membaiki gigi. Bersama dengan minyak pati antibakteria dengan rasa dingin menenangkan, Listerine® Total Care Sensitive berfungsi untuk mengekalkan nafas sentiasa segar dan membasmi 99.9% kuman** yang menyebabkan nafas berbau, dan masalah plak dan gusi.

Stephen Tiu, Pengarah Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura, berkata: “Di Listerine®, kami sentiasa mengutamakan inovasi dan evolusi untuk memenuhi keperluan kebersihan mulut pengguna kami. Masalah gigi sensitif selalunya menjadi perbualan semasa waktu makan dan ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dalam jangka pendek ataupun panjang. Dengan Listerine® Total Care Sensitive, kami berhasrat untuk menyediakan perlindungan mulut yang lebih berkesan untuk menentang kehiperpekaan dentin dalam rutin penjagaan gigi yang sedia ada. Ini juga pertama kalinya kami memperkenalkan kalium nitrat – agen pennyahsensitiviti - bersama fluorida ke dalam pengkumur mulut kami. Ini merupakan bahan baharu dan istemewa dalam Listerine® Total Care Sensitive, berbeza dengan pengkumur mulut keluaran Listerine® yang lain. Sebagai jenama yang disokong oleh kajian klinikal selama bertahun-tahun, kami berbangga dapat mencipta formula pelbagai fungsi yang melindungi dan memberikan kelegaan pada gigi sensitif dengan pantas kepada rakyat Malaysia***.”

Menurut Kajian Kesihatan Mulut Nasional untuk Orang Dewasa (NOHSA) 2010, 88.9% orang dewasa di Malaysia mengalami karies gigi dan 94% pula mengalami masalah gusi****. Gigi sensitif kadangkala boleh menjadi tanda awal bagi masalah yang lebih serius seperti penyakit periodontal, pereputan, karies gigi, atau plak. Dengan memberus gigi dan flos dengan betul, bersama pendedahan kepada bahan penyahsensitiviti aktif dan fluorida yang terdapat dalam pengkumur mulut seperti Listerine® Total Care Sensitive dapat mengurangkan risiko keseluruhan terhadap penyakit mulut dan gigi sensitif.

Untuk kesan yang lebih optimum, gunakan Listerine® Total Care Sensitive selama 30 saat, 2 kali sehari selepas memberus gigi. Listerine® Total Care Sensitive boleh didapati dalam saiz 250ml (RM14.20) dan 750ml (RM30.80) di semua farmasi-farmasi yang terkemuka, dan pasar raya besar di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut tentang Listerine® Total Care Sensitive baharu, sila layari laman web rasmi Listerine® (https://www.listerine.com.my) atau ikuti Listerine® Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/ListerineMalaysia).


*Berdasarkan ujian pengguna, 9 daripada 10 orang pengguna berasa kurang sensitif sepanjang hari selepas 7 hari penggunaan
** Kuman yang menyebabkan masalah nafas berbau, plak dan gusi
***Berdasarkan ujian pengguna, 9 daripada 10 orang pengguna berasa kurang sensitif sepanjang hari selepas 7 hari penggunaan.
**** Bahagian Kesihatan Pergigian. Tinjauan Kesihatan Pergigian Kebangsaan Dewasa 2010 (NOHSA 2010). Kementerian Kesihatan Malaysia; 2013

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO