NESPRESSO LANCAR KOLEKSI KAPSUL KOPI EKSKLUSIF BERSAMA PIERRE HERMÉ
Nespresso dan chef pastri dan pembuat coklat terkenal dunia, Pierre Hermé, teruja berganding bahu dan mengumumkan koleksi kapsul menandakan permulaan musim perayaan. Kopi eksklusif tersebut meraikan cita rasa dan kenikmatan tinggi, membuatkan ia cara terbaik bagi penghayatan rasa dan selera.
Kerjasama kopi edisi terhad ini dibina berdasarkan latar belakang luas Pierre Hermé sebagai pakar perisa, yang banyak menghasilkan koleksi yang menambat selera sambil meningkatkan kegembiraan bersama seperti yang kita alami bersama rakan dan keluarga. Beginilah cara terbaik untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, berjumpa sambil menikmati kejutan yang tidak dijangka: dari keseronokan merasai kopi baharu kepada gelak tawa antara rakan-rakan, dengan pelbagai cerita dan dilengkapi dengan kopi Nespresso | Pierre Hermé yang membawa seni haute pâtisserie dalam kehidupan seharian.
Daripada pencipta Haute Pâtisserie, pastri Pierre Hermé berada di puncak reka bentuk avant-garde, teknik mahir dan berperisa tinggi. Pengalaman selama berdekad bermula sebagai perintis pada usia 14 tahun untuk Gaston Lenôtre, yang dianggap sebagai bapa pastri moden, berjaya menobatkan Pierre Hermé dengan gelaran berprestij Chef Pastri Terbaik Dunia pada tahun 2016. Dengan butik dan kafe yang membawa nama beliau ke seluruh dunia, kreativiti dan kecanggihan Pierre Hermé dalam bidang gastronomi tiada tandingannya. Imaginasi modennya yang terkenal serta teknik dalam menghasilkan kopi terbaik untuk selera yang paling cerewet – penggemar makanan akan seronok menikmati rasa kopi yang kompleks sambil bergembira dengan kemudahan menghasilkan secawan kopi lazat ini sendiri, semuanya dalam keselesaan di rumah.
Koleksi kerjasama ini terdiri daripada kopi yang lazat dan pemberian hadiah Nespresso yang melengkapkan musim perayaan dengan menambah aksesori untuk membawa kualiti Nespresso dalam hidup seharian anda.
Tawarannya bermula dengan Infiniment Espresso, kopi asal tunggal hitam dari Colombia yang diperoleh dari wilayah pembekalan baharu Tolima, di mana kebanyakan petani menggunakan kaedah semula jadi dan mengutamakan pertanian berimpak rendah. Biji kopi Arabica mekar dengan buah merah menyala dan menampakkan biji kopi yang licin, menyatakan kehebatan rasa yang mengagumkan dan meninggal rasa yang elegan di dalam mulut, menandakan seni rasa bagi mereka yang gemarkannya.
Tawaran espreso juga termasuk dua kopi berperisa: Infiniment Gourmand Saveur Noisette dan Infiniment Fruité Saveur Framboise. Dihasilkan daripada biji kopi Arabika Amerika Selatan yang manis lembut, Infiniment Gourmand Saveur Noisette bermula dengan aroma hazelnut panggang diikuti dengan catatan rasa yang manis seperti biscotti badam dan vanila. Infiniment Fruité Saveur Framboise yang menyegarkan menonjolkan aroma bijirin yang berganding dengan rasa raspberi yang memikat. Kedua-dua ini memberi pengalaman pastri berinspirasi melalui citarasa kompleks yang sering dikaitkan dengan pastri Pierre Hermé.
Meraikan keseronokan dan kenikmatan, Nespresso mengambil inspirasi daripada dunia Pierre Hermé dan memperkenalkan beberapa resipi kopi yang memaksimumkan aroma lazat kopi edisi terhad, iaitu Espresso Macchiato Lime & Basil Facon Crème Brûlée, Roasted Hazelnut Latte Macchiato, dan Raspberry & Rose Mocktail. Resipi boleh didapati di https://www.nespresso.com/my/en/festive.
Melengkapkan koleksi perayaan dalam Kalender Advent musim ini adalah 24 jenis kopi dan hadiah kejutan untuk hari terakhir. Kalender Advent yang boleh dijadikan hadiah mengandungi tiga ciptaan bersama kopi Nespresso | Pierre Hermé serta pilihan kegemaran daripada rangkaian tetap Nespresso, menawarkan kopi yang berbeza sebagai kejutan yang menggembirakan untuk musim perayaan ini, semuanya disajikan dalam kotak indah yang direka supaya boleh digunakan semula
Nomad Travel Mug dalam warna Raspberi, melengkapi koleksi ini, supaya perisa hebat daripada kesenian pastri haute ini boleh dinikmati di mana-mana, pada bila-bila masa. Dengan hanya satu sentuhan butang pada mesin kopi kami - sama ada Nespresso Atelier atau Nespresso Essenza Mini - penggemar kopi boleh menikmati saat yang sempurna dan menenangkan dengan kopi Nespresso pada musim cuti akhir tahun ini.
Meraikan Percutian yang Menggembirakan Hati dengan Jingle Canggih
Sementara itu, Nespresso Malaysia telah bekerjasama dengan artis tempatan yang berbakat dan pencipta kandungan yang akan menyanyikan jingle yang menarik untuk menandakan musim perayaan akhir tahun, gaya Nespresso. Jingle istimewa ini menampilkan kopi kegemaran Nespresso, mesin kopi yang menarik dan aksesori yang mesti ada dalam liriknya, bertujuan untuk meningkatkan semangat perayaan dan mencetuskan idea baharu pemberian hadiah untuk semua pada musim cuti hujung tahun ini.
Harga dan Ketersediaan
Pesona keseronokan, hadiah kegembiraan: Nespresso Infiniment Espresso, Infiniment Gourmand Saveur Noisette dan Infiniment Fruité Saveur Framboise berharga RM29.50 setiap bungkus. Seperti semua detik bersama, koleksi ini juga tersedia untuk masa dan dalam kuantiti yang terhad, sementara bekalan masih ada. Pencinta kopi juga boleh membawa pulang Nespresso Advent Calendar dan Raspberry Nomad Travel Mug edisi terhad, pada harga RM200 dan RM109. Nespresso Atelier boleh didapati pada harga RM1,799 manakala Nespresso Essenza Mini dijual pada harga RM649.
Koleksi Nespresso | Pierre Hermé kini boleh dibeli melalui Butik Nespresso di The Gardens Mall, 1 Utama Shopping Centre, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, 163 Retail Park dan Publika, Mont Kiara dan Gurney Plaza, Pulau Pinang; serta melalui aplikasi mudah alih Nespresso, laman rasmi Nespresso (www.nespresso.com) dan melalui Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 80 7001 (waktu operasi: setiap hari dari 08:00 hingga 22:00, bebas tol).
Comments
Post a Comment