NOAH HIBURKAN LEBIH 2,500 PEMINAT DENGAN PERSEMBAHAN MEMUKAU & PENUH BERTENAGA


Label penganjur acara kian popular, YOLO Malaysia sekali lagi berjaya menghiburkan lebih kurang 2,500 peminat tegar band rock terkenal dari Indonesia, NOAH dalam sebuah konsert memukau dan penuh bertenaga, ‘NOAH Live in KL’ pada malam semalam bertempat di dewan serba moden, Zepp KL.

“Syukur kerana segala-galanya telah berjalan dengan lancar, hampir 2,500 pengunjung hadir memenuhi ruang konsert bagi menonton persembahan memukau daripada band rock paling popular negara seberang iaitu NOAH, dan rata-rata pembeli tiket mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang rock kesayangan membuat persembahan secara ‘live’.

“NOAH turut meluahkan rasa terharu mereka kerana ruangan konsert yang ternyata ‘sold-out’, dengan sistem bunyi yang mantap serta penonton yang ‘happening’ menyanyikan bersama lagu-lagu yang dibawakan,” jelas Hamka Mohd Taufik, selaku Penerbit Kreatif YOLO Malaysia.


NOAH yang dianggotai tiga orang ahli pemuzik iaitu Ariel selaku 'frontman' atau vokalis utama, Lukman selaku gitaris dan juga David, pemain keyboard, telah mempersembahkan hampir 20 buah lagu kesemuanya termasuk lagu-lagu hit dari awal penubuhan band tersebut sekitar sedekad yang lalu seperti Menghapus Jejakmu, Separuh Aku, Yang Terdalam, Bintang Di Surga, Mungkin Nanti dan lain-lain.

Seramai 3 orang pemuzik profesional turut mengiringi persembahan NOAH dengan kejutan istimewa untuk pengunjung yang berupa ‘Concert Kit’ buat setiap pembeli tiket.

Menurut Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Setiap pengunjung yang hadir telah diberikan sebuah ‘led wrist-band’ atau gelang tangan led sebelum memasuki dewan konsert, dan apabila pembeli mengenakannya, lampu led di gelang tangan akan menyala mengikuti ritma tempo muzik yang dibawakan ketika konsert berlangsung.



“Ini merupakan kali pertama seumpamanya gajet sebegini digunakan di Malaysia dalam konsert bernuansa Melayu, dan kesemua pengunjung terhibur dengan perubahan warna ‘wrist-band’ tersebut disamping menambah keseronokan pada atmosfera di dalam dewan konsert, selain itu pembeli juga turut menerima sekeping kad bersaiz Touch ‘n Go dengan paparan band NOAH sebagai kenang-kenangan.

Tambah Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, “Kesemua pengunjung yang hadir memberikan respon yang sangat positif dan menyatakan kerinduan mereka terubat setelah melihat NOAH membuat persembahan tanpa henti selama 90 minit.

“Oleh kerana sambutan yang memberangsangkan daripada pembeli tiket, YOLO Malaysia sudah pun merencanakan YOLO x NOAH 2023 pada tahun hadapan di ruangan yang lebih besar.

“Dan khas buat peminat-peminat muzik K-pop di Malaysia nantikan juga sebuah pesta berteraskan muzik K-pop yang dipanggil YOLO K-razee tidak lama lagi.

Akhiri Ib: “Terima kasih terhadap kesemua pembeli tiket yang telah menonton ‘NOAH Live in KL’ dan merasai sendiri pengalaman berbeza seperti apa yang telah kami rancangkan.

“Semoga pengunjung konsert pada masa akan datang terus memberikan kepercayaan penuh terhadap YOLO Malaysia dimana kami menjanjikan aksi-aksi muzikal menakjubkan dan memukau pada setiap konsert.



Sebagai makluman, buat sesiapa yang tidak mahu ketinggalan mendapatkan tiket konsert anjuran YOLO Malaysia pada masa akan datang, jangan lupa untuk melakukan pra-pendaftaran di laman web www.yoloasia.com serta pembeli masa hadapan disarankan mengikuti kesemua platform media sosial YOLO Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang terkini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.yoloasia.com dan jangan lupa ikut laman sosial:

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

SLOT AKASIA TV3 TAMPILKAN DRAMA 'PINJAMAN SYURGA' LAKONAN JANNA NICK & KEITH FOO