THE MANHATTAN FISH MARKET LANCARKAN MENU ‘WHAT THE FISH!’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20NYA DI MALAYSIA.


The Manhattan FISH MARKET Malaysia telah melancarkan What The Fish!, kempen jenama sempena Ulang Tahun ke-20nya di Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley, Daniel Chan berkata: “Kempen ini menampilkan kekukuhan The Manhattan FISH MARKET: iaitu kejutan hebat dan makanan laut segar - dua elemen penting ketika kami mara ke hadapan daripada pencapaian di Malaysia selama 20 tahun lepas dengan tujuan mencipta mercu tanda baru.


“Sementara menikmati menu kegemaran seperti biasa, kami mengingatkan semua bahawa terdapat banyak lagi yang perlu dinikmati selain Fish & Chips klasik. Juadah The Manhattan FISH MARKET juga adalah tentang merasai pelbagai jenis makanan yang menakjubkan dan mengejutkan,” katanya pada pelancaran media rasmi kempen itu di Sunway Pyramid.


Kempen What The Fish! berlangsung selama dua bulan dari 1 November hingga 31 Disember 2022, merangkumi pendekatan menyeronokkan, berani dan terbaru oleh The Manhattan FISH MARKET. 


Kini terdapat lebih lagi kejutan gilang gemilang untuk pelanggan. Pengunjung kali ini dimanjakan dengan LIMA item menu baharu lazat yang akan membuatkan mereka terpikat serta-merta pada makanan laut The Manhattan FISH MARKET.

5 item menu tersebut ialah:

Boston Lobster Poached Nam Jim Seafood (RM269.90)

Chilean Snow Crab Poached Lemongrass Seafood (RM269.90)

Flaming Bavarian Prawns: RM69.90
 
Herb Fromage Prawn Pasta RM33.90

Ajillo Poached Seafood Bucket RM115.90

Untuk maklumat lanjut, sila layari 


Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM