IPC MERAIKAN KEAJAIBAN KRISMAS DENGAN “ӒNDRA’S ENCHANTING GARDEN”


Berpegang teguh kepada prinsip kelestarian yang menjadi tunjang perniagaan mereka, IPC Shopping Centre terus mempertingkatkan pendekatan hijau mereka dengan konsep kitar semula dua kali dekorasi Krismas mereka. Menerusi usaha kreatif dan berinovasi baharu serta komitmen berterusan ke arah mengurangkan pembuangan sisa ke tapak pelupusan sampah, dekorasi perayaan itu dan strukturnya telah diperbuat daripada bahan lestari seperti kertas dan papan kayu termampat kitar semula. 

Apa yang lebih mengagumkan ialah dekorasi bertemakan “Ӓndra’s Enchanting Garden” itu akan berubah daripada suasana musim sejuk kepada suasana musim bunga yang penuh dengan keajaiban. Selain bertujuan untuk memupuk amalan guna semula dan kitar semula, penggunaan dekorasi lestari ini turut memberi inspirasi kepada para pembeli-belah bahawa perayaan boleh disambut secara lestari dan penuh kemeriahan, tanpa kompromi.


Inspirasi serta tema untuk sambutan Krismas tahun ini dan Tahun Baru Cina yang bakal menyusul tidak lama lagi berkisarkan kepada hikayat seekor arnab bernama Ӓndra, yang bermaksud ‘perubahan’ dalam bahasa Sweden, serta rakan-rakannya Dala, kuda ikonik Sweden dan Tomte. Kesemua mereka telah mendapat satu idea iaitu untuk menggunakan taman ajaib Ӓndra bagi memikat hati para pembeli-belah dan membawa mereka ke dalam sebuah dunia yang penuh dengan keajaiban lagi lestari, hijau dan meriah. Tema “Ӓndra’s Enchanting Garden” ini menyasar untuk mempamerkan kuasa kelestarian dengan menggabungkan dan menggunakan semula dekorasi yang sama bagi kedua-dua musim perayaan tersebut dengan sentuhan magik.

Pengurus Besar IPC Shopping Centre, Karyn Lim berkata, “Tahun ini IPC telah memperjuangkan dan meraikan banyak pencapaian lestari dan kami berhasrat untuk meneruskan momentum ini bagi jangka panjang. Kami turut mencabar kemampuan dan kreativiti kami bagi memastikan bahawa kami dapat menghasilkan sesuatu kaedah baharu dan berinovasi yang boleh menjamin sambutan perayaan kali ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi lestari pada masa yang sama. Kami menamakan konsep ini sebagai kitar semula dua kali di mana kami mahu mengurangkan sisa buangan di samping meraikan perayaan tersebut bersama-sama para pembeli-belah kami. Kami berharap untuk menetapkan satu penanda aras dalam industri peruncitan tempatan bagi menggalakkan pemain industri yang lain agar turut sama mempunyai kesedaran mengenai alam sekitar kerana kelestarian adalah tanggungjawab kita semua.”


“Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan kali ini dan memberi ganjaran kepada para pembeli belah sempena ulang tahun kami yang ke-19, kami turut menambahbaik program kesetiaan Tack Club di mana pembeli-belah boleh menukarkan perbelanjaan mereka kepada mata untuk mendapatkan ganjaran tambahan. 

Pembeli-belah akan menerima dua kali ganda Tack Point di sepanjang Disember ini berserta dengan penambahan pilihan avatar baharu dan minat yang boleh diperibadikan. Ini adalah sebahagian daripada penambahbaikan digital kami bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang bermanfaat dan diperibadikan untuk semua,” tambah Karyn.


Pada musim Krismas ini, para pembeli-belah akan menerima e-baucar Krismas bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM200 dan sehelai kain pengelap istimewa happi.kloth Sweden yang boleh biodegradasi dan mesra alam dengan perbelanjaan minimum RM600. Ahli Tack Club dapat menikmati tawaran promosi yang sama pada nilai perbelanjaan yang lebih rendah iaitu RM500. 

Selain itu, terdapat juga banyak lagi promosi lain sempena Krismas yang ditawarkan oleh para penyewa IPC serta pelbagai jualan hujung tahun yang membolehkan para pembeli-belah berbelanja sepuas hati bersama-sama rakan dan ahli keluarga mereka.

Pembeli-belah juga akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan seperti bengkel seni dan kraf tangan lestari hujung minggu percuma untuk kanak-kanak yang menjadi ahli Små Club, persembahan perayaan Krismas oleh penyanyi karol bagi menyemarakkan suasana serta maskot kesukaan kanak-kanak – Tomte, Swedish Maidens dan Små Club Buddies yang akan membuat kemunculan semasa sesi ramah mesra. Bazar Krismas juga akan diadakan di kawasan ruang legar pusat beli-belah itu di mana para pembeli-belah boleh memilih daripada pelbagai pilihan hadiah dan tawaran hebat yang disediakan.


Sebagai usaha untuk terus menambahbaik program kesetiaannya dan meningkatkan pengalaman membeli-belah, para pembeli-belah dan ahli Tack Club boleh menukar perbelanjaan mereka kepada Tack Point dan kemudian menggunakan mata tersebut bagi mendapatkan pelbagai ganjaran yang disediakan di dalam aplikasi mudah alih IPC. Untuk menikmatinya, pembeli-belah hanya perlu memuat turun aplikasi mudah alih IPC, mendaftar sebagai ahli Tack Club secara percuma dan memperolehi mata bagi setiap perbelanjaan yang dilakukan di IPC. 

Membeli-belah pada hujung tahun akan menjadi lebih menguntungkan di sepanjang bulan Disember ini kerana pembeli-belah berpeluang untuk menebus dua kali ganda Tack Point bagi setiap pembelian dan menerima e-baucar eksklusif di dalam aplikasi mudah alih IPC. Untuk menukar perbelanjaan kepada Tack Point, pembeli-belah hanya perlu datang ke i-Counter yang terletak di Aras G dengan membawa resit mereka untuk pengesahan bagi menerima mata tersebut secara serta-merta.

Menggunakan data bagi mewujudkan pengalaman diperibadikan, satu lagi penambahbaikan yang telah dilakukan ke atas aplikasi mudah alih IPC ialah penambahan avatar diperibadikan. Ahli Tack Club kini boleh mencipta profil mereka sendiri berasaskan kepada kategori minat mereka seperti memasak, kecantikan, kanak-kanak, haiwan peliharaan dan banyak lagi. Data berkaitan perkara yang mereka minati ini kemudiannya akan digunakan oleh sistem dan pembeli-belah akan menerima notifikasi yang khusus mengenai promosi dan acara berdasarkan kepada minat pilihan mereka. Minat pilihan mereka juga boleh dilihat menerusi ikon yang boleh diletakkan pada avatar diperibadikan mereka.


Ulang Tahun ke-19 IPC Shopping Centre

Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan pada tahun ini, IPC Shopping Centre turut meraikan ulang tahunnya yang ke-19 pada 17 dan 18 Disember ini dengan memberikan set bekas kutleri yang direka khas secara percuma kepada ahli Tack Club IPC di sepanjang tempoh dua hari tersebut. Ahli hanya perlu menunjukkan ID keahlian di dalam aplikasi mudah alih IPC mereka kepada pegawai perkhidmatan pelanggan di i-Counter yang terletak di Aras G untuk membuat penebusan.

Sempena demam bola sepak pula, IPC turut menganjurkan cabaran bola sepak mereka sendiri dikenali sebagai “Dare to Goal” yang dibuka kepada semua ahli Tack Club dan Små Club (berusia 6 hingga 12 tahun) untuk menyertainya pada 17 dan 18 Disember. Dibahagikan kepada tiga bahagian berbeza, para peserta boleh menguji kemahiran masing-masing di stesen keseimbangan, ketepatan, dan kelincahan bagi merebut peluang untuk memenangi hadiah berupa Beg Cenderamata IPC, set bekas kutleri, dan mengutip sehingga 400 Tack Point.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Krismas IPC Shopping Centre, sila kunjungi ipc.com.my/Ӓndra-Xmas dan ikuti IPC di Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN