THE HAVEN RESORT BAWAKAN PENGALAMAN SIMFONI ‘SENSURROUND’ YANG SUKAR DILUPAKAN

Penyanyi  Mezzo-Soprano Jiayao Sun

Destinasi peranginan popular, The Haven Resort Ipoh telah berjaya menganjurkan sebuah persembahan simfoni The Haven Musical Extravaganza dengan kerjasama Orkestra Simfoni Selangor selama tiga malam berturut-turut pada 27, 28 dan 29 Oktober 2022.

Acara yang julung kalinya dianjurkan ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan. Para hadirin telah disajikan dengan persembahan muzikal yang mempersonakan di persektaran yang di kelilingi oleh alam semula jadi.


Sempena persembahan ini, The Haven Resort Ipoh telah meyediakan pakej istimewa termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah yang disajikan pada pagi berikutnya. 


Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 sahaja.


Uniknya persembahan ini adalah terletak pada pengalaman bunyi keliling atau ‘Sensurround’ yang dihasilkan dengan menempatkan para pemuzik di lokasi yang berbeza di sekitar pusat peranginan ini selain daripada di pentas utama sahaja. 

Pentas utama persembahan ini telah dibina di atas platform yang terapung di atas tasik. 


Para hadirin juga boleh memilih lokasi tersendiri untuk menikmati persembahan ini sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni unit penginapan mereka.


Persembahan bertaraf dunia tersebut telah dipimpin oleh konduktor SSO Eugene Pook dan menampilkan penyanyi mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola Dr Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. 


Para hadirin dihiburkan dengan karya-karya muzikal yang terkenal seperti The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan banyak lagi.


Tujuan utama persembahan muzikal ini dilangsungkan adalah untuk merancakkan semula industri pelancongan yang terlah terjejas akibat pandemik. The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan tarikan penting untuk Perak serta mempromosikan Ipoh sebagai Bandaraya Batu Kapur, Muzik dan Seni.


Untuk maklumat lanjut tentang The Haven Resorts, sila layari https://www.thehavenresorts.com/.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM