SENTUHAN ANGGUN DI DAPUR DENGAN KOLEKSI PINK BERRY COSMIC COOKWARE


Sempena musim perayaan hujung tahun ini, Cosmic Cookware telah melancarkan warna baharu yang ceria dan anggun bagi koleksi peralatan memasaknya - Pink Berry! Bukan sahaja cantik dipandang, koleksi ini memudahkan tugasan memasak anda dan boleh digunakan untuk menyajikan makanan di meja makan terus dari dapur. 


Diperbuat dengan kompaun seramik semula jadi, Cosmic Cookware adalah bebas daripada bahan-bahan kimia serta toksin yang merbahaya seperti TEFLON (PTFE), PFOA, Kadmium, timah dan lain-lain lagi. Permukaan memasak periuk dan pan ini disaluti dengan lapisan seramik ILAG yang telah pendapat pensijilan negara Switzerland dan dijamin tidak melekat.

Koleksi Pink Berry ini adalah edisi terhad yang menampilkan produk terlaris Cosmo Cookware seperti Cosmo Pan, Cosmo Casserole dan Cosmo Fry, juga aksesori dapur seperti Cosmo Utensil Set, Cosmo Oven Mitt dan Cosmic Grocery Bag.




Ceriakan sambutan hari Krismas dan gunakanlah Cosmic Cookware Pink Berry untuk memsak dan juga menghidangkan sajian-sajian yang enak kepada keluarga dna juga para tetamu yang tiba. Koleksi Cosmic Cookware Pink Berry boleh didapati di www.cosmiccookware.com.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM