AMALKAN GAYA HIDUP PANDA DAN MENANGI SEBUAH RUMAH DAN BANYAK LAGI HADIAH MENARIK
Panda menjalani kehidupan yang tenang, dengan menghabiskan masa dengan hanya bersantai dan makan sepanjang hari, kemudiannya makan dan makan lagi. Sememangnya itulah sifat mereka. foodpanda, selaku platform penghantaran makanan terkemuka, berazam untuk memudah dan membolehkan para pengguna mengamalkan “Hidup Gaya Panda”, menjimatkan masa mereka dengan menghantar makanan dan barangan keperluan harian terus ke rumah mereka, tanpa mengira masa.
Kempen serba baharu ini menyentuh tentang perjalanan ke arah mengenali diri sendiri dalam mencari erti hidup seperti seekor panda yang sebenar. Saksikan video yang memaparkan kisah bagaimana Pau-Pau, duta foodpanda berwarna merah jambu yang cilik, bersemangat dan disayangi ramai, bertemu dengan panda sebenar dan berhajat untuk meniru gaya hidup panda tersebut. Memandangkan panda adalah sejenis haiwan yang tidak ambil pusing tentang persekitaran mereka dan kelihatan tenang serta bersantai dalam setiap tingkah laku mereka, foodpanda mendapati ia sememangnya selari dengan semangat di sebalik platform penghantaran makanan mereka.
Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Bernard Chong |
“Kami berazam untuk membolehkan pelanggan kami yang sentiasa sibuk merasai sendiri betapa ringkas dan mudahnya penggunaan aplikasi foodpanda. Sebagai platform yang sentiasa berkembang, kami berusaha mencipta cara yang kreatif untuk mengetengahkan falsafah jenama foodpanda. Kami mahu menunjukkan kepada semua bagaimana hidup mereka boleh menjadi lebih mudah jika mereka memilih untuk membuat pesanan melalui foodpanda dan kami percaya bahawa hasrat ini boleh dicapai menerusi kempen ‘Hidup Gaya Panda’ atau ‘Live Like A Panda’. Kempen ini mengingatkan pengguna bahawa mereka boleh hidup dengan tenang dan bersantai, mengetahui bahawa foodpanda akan menghantar apa yang mereka inginkan terus ke rumah mereka,” kata Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Bernard Chong.
Sempena 11.11 Single’s Day ini, foodpanda akan memberikan pelbagai hadiah hebat yang tidak boleh dilepaskan berjumlah RM720,000. Apa yang lebih menarik ialah, seorang pengguna foodpanda yang bertuah akan membawa pulang hadiah utama yang mengagumkan iaitu sebuah kondominium 3-bilik dengan keluasan 972 kaki persegi di KAIA Heights, sebuah projek pembangunan baharu di Equine Park, yang ditaja oleh pemaju hartanah terkenal UEM Sunrise bernilai lebih daripada RM570,000.
Hadiah-hadiah lain termasuk:
● 10x Huawei Mate 50 Pro Kunlun + Watch GT2 + Freebuds Pro 2 bernilai RM7,000
● 10x iphone 14 Pro Max (128 GB) bernilai RM5,799
● 9x baucar foodpanda bernilai RM1,000
Untuk Menang Seperti Seekor Panda, anda hanya perlu mengumpulkan mata setiap kali anda menggunakan aplikasi foodpanda untuk penghantaran, pengambilan makanan dan berbelanja di pandamart. Lebih tinggi nilai pesanan anda, lebih banyak mata yang boleh dikumpulkan:
● Untuk pesanan bernilai RM20.00 - RM30.00 = 1 mata
● Untuk pesanan bernilai RM30.01 - RM40.00 = 2 mata
● Untuk pesanan bernilai RM40.01 dan ke atas = 3 mata
Gunakan kod promosi ‘PANDA’ apabila anda membuat pembayaran untuk melayakkan diri dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Semua pelanggan pandapro akan memperolehi mata berganda secara automatik untuk semua pesanan yang dibuat dan mereka yang belum melanggan juga boleh mendapatkan mata berganda semasa minggu 11.11 (7 hingga 13 November). Pertandingan istimewa ini berlangsung dari 1 hingga 30 November 2022.
“Kami di foodpanda sememangnya yakin dalam memberikan hanya yang terbaik kepada para pengguna kami. Kami menyasar untuk mencipta sesuatu yang bernilai dengan menawarkan bukan sahaja hadiah yang menarik, tetapi yang turut mampu mengubah kehidupan dan mencetuskan kegembiraan. Sempena 11.11 ini, foodpanda ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna kami atas sokongan dan maklum balas daripada mereka sepanjang tahun ini. Kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai lagi pengguna memanfaatkan platform ini dan merasai sendiri keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan oleh platform ini,” tambah Chong.
Oleh itu, jangan tunggu lagi! Kehidupan anda menjadi bertambah baik setiap hari! Tiada lagi tekanan, dan nyalakan semangat panda anda dengan membolehkan makanan, barangan runcit dan barangan keperluan harian anda dihantar terus ke rumah anda dengan hanya beberapa klik sahaja.
Saksikan video penuh kempen falsafah ‘Live Like a Panda’ di bawah:
Comments
Post a Comment