TEMUI PEMAIN BOLA SEPAK BERSTATUS LEGENDA ROBBIE FOWLER & RASAI KEHANGATAN PIALA DUNIA BERSAMA AEON GOAL BONANZA


Adakah anda bersedia untuk menyaksikan kehebatan Piala Dunia FIFA Qatar 2022? AEON bakal membawakan kempen AEON Goal Bonanza, bermula 15 sehingga 25 November khas untuk para penggemar sukan bola sepak. 

Pelbagai aktiviti akan diadakan di AEON Goal Bonanza di mana anda berpeluang untuk memenangi barangan Piala Dunia yang eksklusif. Tunjukkan kesetiaan anda kepada pasukan kegemaran anda dengan mendapatkan pelbagai barangan Piala Dunia yang menarik di sana nanti.

Ada yang lebih menarik! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran bersama Lagenda Bolasepak England, Robbie Fowler di AEON MALL Tebrau City, Johor pada 21 November ini.

Robbie Fowler turut akan hadir ke AEON MALL Ipoh Klebang pada 20 November dan AEON MALL Shah Alam pada 22 November untuk sesi ramah mesra bersama penyokong dan peminat. 

Jom ke AEON Goal Bonanza. Anda juga berpeluang memenangi Pass VIP Robbie Fowler dengan pembelian RM580 (bukan ahli AEON) dan RM480 (AEON members/AmBank Credit Card).

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti https://www.facebook.com/aeonretail.my


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA